Benarkah Rosmah Mansor ‘ Sugar Mummy’ ?


Jho Low memberikan gambaran kehidupan mewah Rosmah Mansor

Penafian Jho Low  ‘hartawan muda’ Malaysia bahawa Wanita Pertama Rosmah Mansor adalah “mak angkat” atau “sugar mummy” telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia, yang kecewa terhadap pasangan itu yang sering menonjolkan gaya hidup mewah mereka.

Di saat rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dalam landskap ekonomi negara sekarang, rakyat Malaysia berasa kurang senang dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya menjalani gaya hidup mewah ibarat orang-orang terkaya dan ternama dunia serta menjadikan tempat-tempat seperti Monte Carlo, Dubai dan New York taman permainan mereka.

“Najib datang daripada keluarga yang kaya dan dia tidak tahu keperihan hidup rakyat. Kemewahan adalah sebahagian daripada hidupnya,” Keadilandaily memetik Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota; Azan Ismail sebagai berkata.

Saya perkenalkan banyak pelabur, itulah sebab saya sentiasa menemui PM

Azan mahu Ketua Audit Negara untuk menyiasat perbelanjaan pasangan pertama yang sering dilaporkan dalam akhbar. Meskipun aduan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak berkuasa telah memilih untuk menutup mata. Malah, cincin berlian besar berharga RM24.4 juta milik Rosmah yang di bawa dari New York walaupun telah disokong oleh gambar skrin yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Kastam juga diketepikan.

Khabarnya baru-baru ini media New York melaporkan Jho telah membeli sebuah penthouse bernilai USD31 juta untuk kegunaan Rosmah di Time Warner Centre. Menurut New York Post, Jho yang berusia 29 tahun telah membayar lebih daripada USD6, 400 bagi setiap kaki persegi bagi unit berukuran 4825 kaki persegi tersebut.

Dan mungkin kerana menyedari perasaan tidak puas hati orang ramai ke atas kemewahan Rosmah, Jho yang bersekolah dengan anak Rosmah dari perkahwinan beliau yang pertama beliau dengan pantas memberitahu sebuah akhbar Cina dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa Rosmah adalah sekadar “kawan baik saya” dan bukan “sugar mummy”  atau “Godmother”.

“Saya kenal anak-anak Perdana Menteri dulu sebelum saya kenal Perdana Menteri. Saya memperkenalkan banyak pelabur asing ke Malaysia dan sebab itulah saya selalu bertemu dengan Perdana Menteri,” Merdeka Review melaporkan Jho sebagai berkata.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu telah terlibat dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang bernilai RM10 bilion, yang kemudiannya telah ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad bernilai RM15 bilion  dan UBG, bekas cabang perbankan yang dikawal dan dicemari rasuah oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa 1MDB terlibat dalam pembangunan semula  lapangan terbang tentera kontroversi di Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang sebenarnya adalah dana Najib.

Kemewahan sama di Putrajaya

Pusat pentadbiran Najib di Putrajaya juga berlaku pembaziran dan ia semakin berleluasa walaupun Najib cuba menunjukkan bahawa dia berjiwa rakyat. Dalam majlis baru-baru ini untuk kitaran amal di Pulau Pinang, Najib memberitahu bagaimana dia sering berbasikal untuk pergi ke gerai nasi lemak kegemarannya di Tanglin untuk bersarapan.

Tetapi menurut Azan, jika dia benar-benar bersimpati dengan orang ramai, dia akan menyedari bagaimana harga ‘nasi lemak’ untuk sarapan itu kini semakin melonjak dan menyusahkan pekerja biasa yang tidak pernah mengalami kenaikan gaji sejak kebelakangan tahun ini. Ia juga tidak menjelaskan mengapa beliau membelanjakan beratus-ratus juta wang negara untuk pembersihan dan ubahsuai kediaman rasminya yang masih baru – Sri Perdana.

“RM200 juta telah dibelanjakan untuk membina kediaman dan mengapa pada akhirnya, ia masih disewa daripada Putrajaya Holdings merupakan satu misteri. Penyelenggaraan elektrik dan air tidak harus lebih daripada 10% daripada kos sebenar bangunan itu. Tetapi ia mencecah RM10 juta setahun, satu angka yang tidak munasabah, “kata Azan.

Menurut Azan, kos mengekalkan kedua-dua kediaman rasmi Najib dan timbalannya itu mencecah sehingga RM50 juta setahun. Satu jawapan bertulis daripada pejabat Perdana Menteri pada bulan Jun (jarang diperoleh) menunjukkan bahawa sebanyak RM48.8 juta telah dibelanjakan di Sri Perdana dan ini termasuk sewa, pembaikan, elektrik dan bil air. Sewa untuk kedua-dua kediaman telah dinyatakan berjumlah RM33 juta, sementara penyenggaraan adalah RM3.6 juta.

Lebih teruk, bil elektrik Perdana Menteri dan timbalannya mencecah RM10 juta, manakala bil air mencecah RM1.9 juta bagi tahun yang sama. Secara perbandingannya, sebelum Najib, Abdullah Badawi hanya membelanjakan kira-kira RM4.15 juta di Sri Perdana pada tahun 2008, manakala RM2.74 juta telah dibelanjakan di Seri Satria, kediaman TPM.

Berbelanja berjuta-juta untuk hartanah yang disewa

Yang peliknya, kedua-dua kediaman tersebut dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd. Dalam erti kata lain, kerajaan Malaysia mencurahkan beratus-ratus juta wang rakyat kepada hartanah yang tidak dimiliki negara.

Ahli Parlimen PAS Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, telah membangkitkan isu ini di Parlimen tetapi sehingga kini, Najib gagal untuk memberikan apa-apa jawapan.

“Selepas kami buat sidang akhbar, tiada pihak yang berkenaan kembali kepada kami untuk menjelaskan mengapa kos yang dibayar begitu tinggi seolah-olah isu itu disapu di bawah tikar. Itulah realiti pentadbiran Najib, tetapi beliau pula memberitahu rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan, “kata Mariah.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan perlu menyewa daripada Putrajaya Holdings.

“Seperti yang kita tahu, Putrajaya disewa, ini bermakna kerajaan mempunyai satu komitmen bulanan yang besar kerana ia bukan aset kerajaan. Jika satu analisis jangka panjang untuk kos dilakukan, saya berpendapat kerajaan menangung kerugian kewangan yang besar,” kata Mariah.

MC

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • aramis classic  On October 4, 2011 at 12:17 pm

    kalau cam gini…rakyat sampai mati kena berhutang..kerana tak mampu lagi nak tanggung kos sara hidup….

  • Iz  On October 8, 2011 at 9:13 pm

    Memalukan la melayu muslim ni. Org atas je berkuasa. Kalau ALLAH wujud. Turukan bala dan akhirat. Ramai lagi org susah dan bermasalah kat Malaysia ni. Beri la mereka peluang dan tolong mereka. Adakah Islam ni agama kejam. Tidak kan?

  • ann  On October 11, 2011 at 7:01 pm

    IZ,ALLAH memang dh wujud..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: