Kontroversi Drama Soffiya Berunsur Negatif


Sepatutnya saluran media dijadikan garis panduan untuk disiplin masyarakat

SLOT drama Akasia berjudul Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ternyata mampu menarik jutaan penonton.

Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam.

Lakonan Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izora Aishah dan Azhar Sulaiman walaupun berkualiti dan mempunyai identitinya tersendiri mempunyai jalan cerita seperti menggambarkan masyarakat Melayu kini terlalu rendah moralnya.

Diharap drama berunsur negatif dan tidak menunjukkan moral murni perlu ditapis supaya tidak menjejaskan pemikiran orang Melayu dan pemikiran kaum lain terhadap bangsa Melayu.

Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.

SYED OSMAN,
Ampangan, Seremban.

Nota: Beberapa buah negara di timur tengah boleh mengehadkan bahan porno,aurat wanita dan hanya bahan ilmiah dibenarkan untuk tatapan rakyat mereka.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • kamal  On October 4, 2011 at 11:25 pm

    bodohnya pengarah2 drama/ filem kita di malaysia..
    akal pendek..

  • nor  On October 5, 2011 at 8:19 am

    tapi sebenarnya..dalam dunia kita yang realiti..itu adalah salah satu kebenarannya. Kalau benar lah Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut , kenapa perlu ada kes kes yang muncul seperti bapak rogol/cabul anak, abang rogol adik, suami dera isteri, isteri lari dari rumah? dan kebanyakkan kes melibatkan orang melayu..

    pandanglah sesebuah cerita itu dari sudut yang positif…kerana memang ada masyarakt yang tidak pernah ambik berat ttg keadaan sekeliling…cuma kita je yang tak tahu..or maybe tak nak ambik tahu kot

  • plain jane  On October 5, 2011 at 12:00 pm

    Bagi saya..saya tak setuju..drama ni bagus kerana memaparkana realiti sebenar tentang kepincangan rumah tangga yang sering sangat berlaku di kalangan orang melayu kita sejak kebelakangan ni. Mengapa kita harus menutup keburukan sahaja dan memperlihatkan keindahan sahaja, bagi saya cara yang paling baik untuk mendidik ialah dengan melalui drama atau filem. Bukan bermaksudnya kita nak ikut perbuatan kejam tu tapi kita ambik ia sebagai tauladan dan sempadan supaya tak berlaku kat kita juga menyedarkan manusia2 yg tak berhati perut yg suka menyeksa org lain. Sekaligus apa salahnya, pembuat drama dan filem menonjolkan kekreativian mereka sekali sekala tanpa terlalu mengikut acuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: