Pemuda MCA dah Tahu Nak Kena Bungkuih Lagi!


Belalang Ooooo belalang…mana pegi budak ni…Cuba kau tengok apa nasib MCA ni..
.
Pemuda MCA tak mahu demand…hahaha….macam dah paham bangat apa nasib MCA selepas PRU13 nampaknya..
.
Ex Presiden MCA selepas PRU12 laa ni pi mana?..
.
Resolusi Pemuda MCA: Tidak Terima Sebarang Jawatan Jika Prestasi PRU13 Merosot

KUALA LUMPUR: Tidak menerima sebarang pelantikan jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti pada pilihan raya umum ke-13 merosot berbanding sebelumnya sebagai menyokong keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, adalah antara 17 resolusi yang dicapai Pemuda MCA pada perhimpunan agungnya.

Pada mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen HGH di sini hari ini, perwakilan Pemuda MCA mencapai tiga resolusi melibatkan hal ehwal parti, lima politik, tiga pendidikan, empat berkaitan ekonomi dan dua berhubung hal ehwal sosial.

Antara lain, sayap MCA itu menggesa parti melatih anggota muda bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam kepimpinan serta memberi peluang kepada lebih ramai pemimpin Pemuda MCA untuk mewakili BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, pergerakan itu mahu MCA mempertimbangkan semula cadangan meluluskan resolusi agar semua Pemuda MCA di setiap bahagian boleh memilih seorang perwakilan ke perhimpunan agung MCA bagi meningkatkan bilangan perwakilan serta suara golongan muda.

Resolusi itu juga menyokong penuh Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam meningkatkan bilangan penjawat awam berbangsa Cina di peringkat pegawai kanan di setiap jabatan bagi menonjolkan konsep 1Malaysia.

Pemuda MCA menyokong usaha Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mempertingkatkan kebebasan media di negara ini, dan berharap kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti. Pergerakan itu juga mahu kerajaan lebih telus dan tegas dalam pelaksanaan tender projek pembinaan bagi menghasilkan projek lebih berkualiti dan mengelak projek bermasalah.

Resolusi itu turut mengkritik pakatan pembangkang yang tidak berani membuat pendirian sebulat suara secara terbuka terhadap isu pelaksanaan hukum hudud.

Selain itu, perwakilan Pemuda MCA mencadangkan supaya kerajaan menetapkan satu sistem pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telus dan lengkap serta mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tajaan JPA yang melanggar perjanjian.

Sayap parti MCA itu turut meminta kerajaan mengadakan latihan vokasional menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pelajar Cina dan India yang tercicir daripada pendidikan sekolah.

Resolusi itu juga mencadangkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dibina.

Selain itu, Pemuda MCA mahu melihat prosedur pengupahan pekerja asing dipermudah dan undang-undang dikuatkuasakan dengan tegas bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang selain menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia meminta penubuhan lebih banyak skim bantuan keusahawanan dan pakej pinjaman perumahan untuk golongan belia selain memudahkan prosedur permohonan.

Pemuda MCA menggesa kerajaan memandang berat masalah kenaikan harga barang yang dicetuskan peniaga selain bertindak terhadap aktiviti perjudian yang kian berleluasa. 

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: