Shahir AF8 Nafi Sertai Jemaah Tabligh


Shahir hanya berehat sementara bukan merajuk

Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.

Shahir berkata, dia sekadar membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.

“Saya tidak pernah berkata untuk berhenti daripada industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.

“Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga,” katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu lalu.

Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.

“Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.

“Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri,” katanya.

Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan dakwah tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang serta tidak terurus.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.

“Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shahir baru sahaja keluar dengan filem terbaru berjudul “Pendam”.

“Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu “Pendam”,” katanya yang dalam proses menguruskan badan untuk klip video tersebut.

mStar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: