Klip ‘Undilah’: Khairy ‘Luku Kepala’ Rais Yatim Lagi


Selepas KJ mentertawakan Rais Yatim kerana tak tahu menggunakan kemudahan internet..

Ini kali kedua KJ mempertikaikan tindakan Rais Yatim..

Betullah tindakan Rais yatim tuuu…hahaha, buat apa nak promosikan orang supaya keluaq mengundi Ku Li..patut ada gambaq Rais sekali dalam bideo tu…hahaha

Woit KJ …hang jaga sikit ..kot nanti Rais suruh bini dia marah kat hang pulak…hahaha

Klip video undilah,tindakan SKMM rosak imej BN kata Khairy

Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melarang penyiaran klip video Undilah menerusi televisyen tempatan satu tindakan yang tidak wajar selain merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Khairy Jamaluddin.

Ketua BN dan Pemuda Umno itu berkata pihaknya masih tidak jelas mengapa klip video itu diarah agar ditarik balik daripada terus disiarkan.

“Reaksi mengelirukan SKMM ke atas klip video Undilah agak memudaratkan kami,” kata beliau sambil bertanya, “apa isu sangat (dengan klip itu).”

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Pemuda MCA di sini hari ini, Khairy menjawab soalan berkaitan dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Kelmarin dipetik Bernama, Rais berkata, klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

“Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” kata Rais.

Katanya, penarikan semula penyiaran klip video itu dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,” katanya.

SKMM, agensi di bawah portfolio Rais, sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, yang turut menjayakan penerbitan klip itu berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat sayap tersebut dan mereka tidak bersetuju dengan tindakan SKMM.

“Ia tindakan tidak wajar. Ia tidak memerlukan tapisan…. ia sangat subjektif, mereka (SKMM) tidak sewajarnya terlalu sensitif.

“Jangan gunakan pemikiran 1950-an untu bertindak ke atas generasi muda,” kata Wee. Difahamkan Kementerian Dalam Negeri akan membuat keputusan akhir mengenai perkara tersebut.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Kenyataan SKMM itu menyusul laporan The Malaysian Insider yang menyebut bahan terbitan Pete Teo itu dilarang diterbitkan kerana memaparkan kemunculan beberapa wakil rakyat pembangkang dan juga mesej pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang menyentuh bahawa Malaysia berhadapan dengan beberapa masalah.

Difahamkan SKMM memberi arahan kepada stesen penyiaran tempatan minggu ini selepas ia mula ke udara sempena sambutan Hari Malaysia.

Selain Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno dan Wee, turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ketua Puteri Umno. Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • adbullah kelantan  On October 1, 2011 at 6:24 pm

    rais kaki ampu nombor satu

  • pemusik handal  On October 1, 2011 at 8:53 pm

    Hai, salam kenal dari warga Indonesia

  • aku la  On October 6, 2011 at 9:05 pm

    haaii peka la LPF psal ni… kalo pasal filem Hantu Bonceng buat,butakan mata lak… tak chek btul2 kalimah ayat yg diguna…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: