Monthly Archives: September 2011

Fesyen Pakai Tudung Seksi Terkini


Ini adalah beberapa keping gambar wanita bertudung yang berlegar di alam siber sekarang ini.

Boleh tak sesiapa beritahu sama ada ini gambar betul atau gambar teknik pertindihan?

Kalau ia gambar palsu tak mengapa sangat kerana jika itu halnya, maka tidak wujud unsur kejahilan dalam masyarakat Islam kita.

Namun, sekali imbas nampak betul.

Apakah wanita-wanita dalam gambar ini tak faham sehingga mana dan macam mana yang dimaksudkan menutup aurat?

Apakah tudung dilihat sebagai fesyen semata-mata.

Bukan bertujuan untuk merendahkan sesiapa, tetapi jika gambar-gambar ini betul, maka kita boleh ambil pengajaran daripadanya.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

 Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa“, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Baginda Rasulullah  SAWW kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Wallahu aa’lam

Kes Juboq Saifool: Najib Rosmah Pulun Ketepi Jadi Saksi


Mahkamah dengar rayuan Najib Rosmah isnin ini

Permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri untuk menolak perintah sepina ke atas mereka akan didengar pada 3 Oktober.

Keputusan itu dibuat selepas Ghazi Ishak, peguam yang mewakili Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan itu di mahkamah pagi ini.

“Kami diberikan afidavit balasan (oleh pasukan Anwar) lewat petang semalam.

“Kami mohon mahkamah memberikan masa secukupnya untuk meneliti afidavit itu seterusnya memutuskan samada mahu memfailkan afidavit balasan,” kata Ghazi Ishak sewaktu memulakan hujahnya pagi tadi.

Mahkamah sepatutnya bersidang pagi Isnin 3 Oktober namun peguam Karpal Singh memohon ia dilakukan pada waktu petang kerana sidang Parlimen juga akan bermula pada waktu yang sama Isnin depan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengesahkan yang pasukan pendakwa raya tidak akan memfailkan sebarang afidavit balasan.

Najib dan isterinya diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik, Ghazi Ishak dan Afiffuddin Ahmad Afifi.

Najib dikehendaki dalam kes Fitnah II kerana beliau pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum saiful membuat laporan polis memfitnah Anwar meliwatnya.

Kd

Dr Conrad Dituduh Membunuh Michael Jackson


Perbicaraan keatas kematian Michael Jackson

LOS ANGELES: Perbicaraan paling dinanti-nantikan berhubung kematian penyanyi pop terkenal, Michael Jackson, dimulakan dengan pendakwa memulakan ucapan pembukaan dan menayangkan gambar mayat bintang kulit hitam itu.

Ketika Dr Conrad Murray, yang didakwa membunuh penyanyi itu tanpa niat lebih dua tahun lalu muncul di depan juri, timbalan peguam daerah, David Walgren menayangkan gambar yang menampakkan wajah penyanyi itu.

Sesi perbicaraan itu kelihatan seperti sarkas, apabila peminat Jackson dan penyokong Dr Murray berkumpul di luar kamar mahkamah di Los Angeles menjulang sepanduk dan kain rentang ketika seluruh keluarga penyanyi itu memasuki mahkamah untuk mengikuti apa yang disifatkan sebagai perbicaraan abad ini.

Pendakwa kemudian menyiarkan rakaman menunjukkan Jackson yang sihat membuat persembahan terakhirnya, latihan lagu popular, Earth Song, yang dirakamkan sehari sebelum dia meninggal dunia.

Lampu dalam kamar mahkamah ditutup dan penyanyi itu ditunjuk di skrin sedang mempersembahkan lagu Earth Song pada sesi latihan di Pusat Staples di Los Angeles, beberapa jam sebelum meninggal dunia.

Ibu Jackson, Katherine, kelihatan menangis menonton klip itu.

MJ mati kerana pembunuhan

“Kematian Michael Jackson adalah pembunuhan. Bukti menunjukkan dia meletakkan nyawanya di tangan Conrad Murray. Michael Jackson mempertaruhkan nyawa mempercayai skil perubatan Conrad Murray.
“Bukti menunjukkan kepercayaan yang tidak kena pada tempatnya adalah terlalu tinggi nilainya, iaitu nyawa Michael Jackson,” kata Walgren kepada juri dalam hujah pembukaan.

Bagaimanapun, peguam Dr Mur-ray, Ed Chernoff, memberitahu juri, kematian Jackson disebabkan dirinya sendiri.

Dr Murray kelihatan mengelap air mata ketika Chernoff berkata bukti akan menunjukkan penyanyi berkenaan menelan lapan butir pil Lorazepam dan menyuntik diri dengan satu dos propofol.

“Jumlah itu sudah lebih daripada cukup untuk membunuhnya dengan cepat,” kata Chernoff.

Beliau berkata, Jackson yang kecewa kerana tidak dapat tidur dan kerana doktornya enggan memberikan dia ubat yang dikehendaki, melakukan tindakan yang menyebabkan kematiannya.

Ketika Chernoff mempersembahkan hujah pembukaannya, dia menaikkan poster dengan nama Michael Jackson tersilap ejaan.

“Dia meninggal dunia begitu cepat sehingga tidak ada masa menutup matanya,” kata Chernoff.

Ibu bapa Jackson dan adik beradiknya, Janet, La Toya, Tito, Randy dan Jermaine berada di kamar mahkamah untuk mendengar hujah pembukaan dalam perbicaraan doktor peribadi penyanyi itu, yang juga orang terakhir melihat bintang pop itu masih hidup.

Agensi

Apa Sedang Berlaku Dengan Abby Abadi Sekarang ?


Apa sedang berlaku dengan Abby ?

Membaca update terbaru Abby Abadi di wall Facebook miliknya pasti akan menimbulkan rasa runsing dan cemas di hati kita.

Tinjauan Mynewshub.my mendapati seolah-olah Abby sedang merancang untuk melakukan sesuatu yang mungkin kita tidak dapat duga.

Cuba baca statusnya ini;

Abby Abadi Lurvly Fanpage

Assalamualaikum, Selamat Pagi……. Sy di duga dgn segala mcm dugaan sejak akhir2 ni, sgt berat! Semuanya sudah tertulis…. rasanya ni mmg tempah sendiri, sbb tu jd mcm ni :’( Ini update status Sy yg terakhir…. Maafkan Sy klau ada silap & salah yer…. Sy perlu buat sesuatu. Jaga diri

Ini update status saya yang terakhir. Mengapa yang terakhir? Itu yang menimbulkan tanda soal kini…

Berita ini ditulis pukul 4.30 petang dan status yang terakhir itu dimasukan 8 jam lebih awal.

Status sebelum itu pun agak pelik;

Bbrape pkara wat mood kite terjejas teruk ari neh, huhu… ‘Hal2′ ngeri makin bertimpa2, ank3 begitu begini, bibik tak dpt2 lagi, job barupun tak masuk2 lg… Kepala rasa nk pecah berfikir, rasa mcm nk cabut jap kepale neh, cuci2 skit ngan clorox, pastu smbung balik, bule? huhu.. Gila runsinggg! aaarrgghhh! Nak gi jauhhh je rasa…. =.= ( takmoh suh sabar, or yg sewaktu dgnnya ok… x larat dah nk dengarrr!….. zzzzzZzZzzzZ…

Bekas suami Abby, Norman Hakim baru-baru ini melangsungkan perkahwinan kali keduanya dengan Memey Suhaiza dan bakal mengadakan majlis resepsi di Hotel Crowne Plaza Mutiara secara besar-besaran yang menelan belanja hampir RM12 juta yang ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia.
Minggu ini juga Abby di laman Facebooknya memperkatakan tentang ‘hutang’ Norman yang difahamkan sebagai hutang nafkah kepada anak-anak mereka yang dikatakan berjumlah puluhan ribu ringgit.

Ternyata Abby sedang melalui satu tempoh tekanan yang amat sangat ketika ini.

Apa pun, kita harus berdoa untuk dirinya kerana kita semua berhadapan dengan masalah, cuma besar atau kecil sahaja perbezaanya.

Mynewshub.my

Umno Kelantan ‘Pening’ Kerana Najib


Najib menyukarkan keadaan Umno Kelantan

Kenyataan Perdana Menteri yang menolak hudud daripada dilaksanakan, akan lebih menyukarkan pemimpin Umno Kelantan untuk menyaingi Pas memenangi hati rakyat negeri itu.

Penganalisis Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pas sudah melakukan apa yang mereka perlu lakukan mengenai hudud.

“Mereka memerlukan laluan dan kuncinya berada di tangan Umno (sebagai Kerajaan Pusat). Apabila pemimpin Umno sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengatakan hudud tak akan dilaksanakan, Pas sudah boleh lepas tangan. Rakyat tidak akan salahkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan ini, kata Abdul Aziz, pemimpin Umno Kelantan berada dalam kedudukan paling sukar kerana mereka dilihat sebagai penghalang hudud dilaksanakan.

“Kita harus ingat, permintaan hudud di Kelantan disal:urkan melalui proses demokrasi. Pas terus diberi mandat untuk memerintah Kelantan sejak 1990. Ini sudah cukup bagi rakyat Kelantan untuk menunjukkan kehendak mereka,” katanya.

Bagi Abdul Aziz, Umno dilihatnya tidak bersedia untuk melaksanakan hudud walaupun mereka mengaku menerimanya.

Ini kerana, Kerajaan Pusat yang diterajui parti itu tidak pernah memberi laluan kepada hudud untuk dilaksanakan.

“Saya melihat Umno menentang dan mensabotaj pe-laksanaan hudud. Ini akan menyebabkan parti itu menghadapi masalah dalam kalangan orang Islam,” katanya.

Mengenai orang bukan Islam, Abdul Aziz berkata, bukan semua mereka menolak hudud.

“Presiden Majlis Ketua-ketua Gereja Katolik Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing pun berkata, tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan melaksanakan hudud. Biarlah mereka laksanakan apa yang mereka mahu kerana undang-undang itu hanya untuk orang Islam saja, tidak melibatkan orang bukan Islam,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Najib secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud menyebabkan Umno di negeri ini sudah boleh dianggap ‘gulung tikar’.

Ahli akademik yang dianggap pakar perlembagaan itu berkata, Umno seharusnya membantu Pas, bukan menghalang parti itu.

“Jika tidak, parti itu akan terus kehilangan undi orang Islam kerana dianggap sebagai penghalang satu pelaksanaan undang-undang tuhan. Ini kerana, pelaksanaan hudud tak dapat tidak perlu dengan kerjasama Umno,” katanya.

Abdul Aziz berkata, selain Umno, semua kumpulan yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga harus menyokong hudud.

Hs

Video: Hilang 30% Kuota Melayu,Ada Orang Baling Tahi Kemulut Brahim Geli


Dasar Kuota, Najib Khianati Melayu: Pemuda Pas

Dewan Pemuda PAS menggesa Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat beliau yang mahu menghapuskan terus kuota dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.

Semalam Perdana Menteri berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

Beliau berkata kuota menghindarI keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.

Najib yang juga Menteri Kewangan khuatir “sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan.”

Sehubungan itu kata Ketua Penerangan Pemdua PAS Riduan Mohd Noor, penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan.

“Jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus.

“Rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuit Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus,” katanya.

Riduan berkata demi merealisasikan Model Baru Ekonomi (MBE) kuota Bumiputera dimangsakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

Kata beliau, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Najib dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, Pemuda PAS menyeru agar rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar dizahirkan Najib selaku Presiden Umno semalam.

“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau.

“Rakyat wajib menolak Umno-BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat,” katanya.

tmi

%d bloggers like this: