Bekas PM Main Kayu 3 ?


Bekas PM didakwa ada hubungan sulit dengan bilionair

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair didakwa mempunyai hubungan rapat dengan wanita yang dianggap paling kaya dan paling kontroversi di Israel.

Ofra Strauss, 51, yang menceraikan suami keduanya tahun lalu ialah ketua sebuah syarikat makanan bernilai 1.3billion. Kerana produknya berharga mahal, ia mencetuskan bantahan sosial terbesar pernah berlaku dalam sejarah Israel.
Ofra sering dilihat bersama Blair hingga media Israel meramalkan mereka mempunyai mempunyai hubungan sulit.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh jurucakap Ofra sementara Blair juga berkata, tidak ada yang ‘tidak betul’ dalam hubungan mereka.
Bekas perdana menteri itu sering mengunjungi Israel kerana peranannya sebagai duta keamanan antarabangsa untuk Asia Barat, mewakili apa yang dipanggil ‘Quartet’ iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.
Hubungan Ofra dengan Blair begitu rapat hingga seorang penulis pojok sebuah akhbar yang berpengaruh di Israel, Maariv, bertindak menulis surat terbuka kepada isteri Blair, Cherie, dengan berkata, dia mungkin ingin membuat penjelasan mengenai keakraban Blair dengan Ofra.

“Untuk makluman Puan Blair (Cherie), hujung minggu lalu, kereta rasmi yang disediakan untuk Tony Blair oleh Quartet, memasuki pagar rumah Ofra yang mempunyai kawalan ketat.
“Ada pihak yang memaklumkan kepada saya, kunjungan itu mempunyai ciri-ciri pakatan seks. “Saya menyerahkan kepada anda supaya menguruskan masalah ini secara peribadi.” antara isi kandungan tulisan itu.

Semalam, jurucakap Ofra, Rani Rahav berkata, adalah karut bagi seseorang menyangka adanya keujudan elemen romantik dalam hubungan Blair dengan Ofra. “Tidak ada hubungan sulit antara mereka. Saya tidak pernah ditanya dengan soalan sebodoh ini sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, Ofra adalah rakan rapat Blair dan Cherie. “Dia rakan baik mereka. Tetapi dia tidak mahu bercakap mengenai mereka,” kata Rahav.
Ketika wartawan The Mail on Sunday tiba di kediaman Ofra untuk menemuramahnya kelmarin, Rahav mengancam memanggil polis dengan berkata: “Ini Israel, bukan England.”

DM

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: