Nik Aziz: ‘Orang Takut Hudud Macam Takut Hantu’


Hudud lebih realistik dari hukum lain

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau (gambar), bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu… orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun… bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

“Hudud tak mati… hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata Mursyidul Am PAS ini.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS… dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat… Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya,” katanya.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ben ayu  On September 25, 2011 at 10:12 am

    “Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS… dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

    Memang kerja UMNO BeEnd sejak 54 Tahun. Walaupun merukuni dan mengimani secara ritual apa sahaja yang kita sahadahkan secara bersama. Namun, UMNO BeEnd gagal untuk istiqamah apabila berdepan dengan tuntutan peribadi antaranya kuasa dan kemewahan. Lebih melihat Islam dari tuntutan KULIT daripada ISI. Gagal mewujudkan kekuatan roh Islam dalam pentadbiran dan rakyat jelata. Menyuburkan budaya berhibur dan memupuskan kegiatan keagamaan. Institusi istana dijadikan perisai bagi menekan kebangkitan rakyat awam yang dahagakan majlis dan kuliah ilmu. Jabatan Agama Islam Negeri kurang integriti kerana menjadi perkakas dan bertindak sebagai proksi bagi menunaikan agenda politik iaitu sebagai pendakwa daripada memainkan peranan untuk memeriahkan syiar Islam melalui dakwah dan mentarbiahkan yang tidak seagama bahawa Islam adalah Addin.

    Dalam keadaan ditimbuni kemewahan, UMNO BeEnd lupa asal usul, lupa agama, lupa penyokong di kampung. Bila kuasa mulai terhakis sebanyak demi sebanyak, mulalah merapu, menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain. Hello … U boleh menipu dan bodohakan orang kampung untuk 54 Tahun, tetapi sorry … bukan untuk PRU13 ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: