MAIS Akan Laksanakan Hudud di Selangor ?


Kita percaya kepada alim ulama yang tak terbilang dalam Majlis Agama Islam Selangor akan menyambut saranan YB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar.

Pada tahap ini MAIS perlu menunjukan kewibawaannya sebagai badan pentadbiran islam di Selangor.

Jika diperkirakan , sesungguhnya MAIS  mendapat ‘kuasa penuh’ dari tuanku Sultan Selangor dalam pentadbiran islam,maka wajarlah kewibawaan itu diserlahkan untuk mendaulatkan hukum agama di Selangor.

Mungkin draf Hudud Selangor sudah pun ada, cuma menunggu masa sahaja untuk MAIS persembahkan kebawah tuanku Sultan Selangor.

Kita mohonkan taufiq dan hidayah serta inayah Allah kepada MAIS.

Majlis Agama Islam Selangor perlu menyiapkan draf perlaksanaan Hudud di Selangor Darul Ehsan

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu bukan terletak ditangannya.

Selangor tidak bercadang untuk mengikut jejak langkah Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu seperti yang dihasratkan Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk melaksanakan hukum hudud di Selangor bukan terletak ditangannya.

“Semua keputusan mengenai ini akan dibuat (jika perlu) Majlis Agama Islam Selangor (Mais), tetapi buat masa ini saya tiada keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini lewat petang tadi.

Katanya, Selangor akan melakukan apa-apa perubahan polisi mengenai agama Islam hanya selepas mendapat nasihat dan juga cadangan daripada Mais.

Beliau bagaimanapun enggan campur tangan dan memberikan sebarang komen mengenai cadangan Nik Aziz yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Sebagai diplomasi saya takkan komen…..saya tak perlu komen,” katanya.

Kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS sebelum ini telah pun menggubal undang-undang hudud melalui Enakmen Undang-

Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya umum 1990.

Mahathir mengaku menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan

Namun ia tidak dapat dilaksanakan ekoran surat rasmi yang dikeluarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran dan menghalang hukum itu dilaksanakan.

Bagaimanapun pendirian Tun Dr Mahathir kini berubah apabila beliau dalam responnya kelmarin meminta Nik Aziz kembali memperkenalkan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi…..ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

fmt

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ben ayu  On September 25, 2011 at 9:23 am

    “Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi…..ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya

    Antara ciri orang munafiq adalah semalam cakap lain, hari ini dan esok lain cakap pulak. Keduanya, kerap lupa dan sengaja buat-buat lupa. Ketiga ialah suka manipulate isu bagi memenuhi agenda peribadi. Keempatnya tidak bertanggungjawab dan rendah akhlak. Akhir sekali, mereka yang memiliki mentaliti dan attitude serupa ini kerap dipilih dan bukannya dilantik. Dipilih maksudnya dengan memperalatkan sistem demokrasi namun tidak memenuhi tuntutan demokrasi sepenuhnya semasa di puncak pemerintahan. Pengujung kalam, spesis serupa ini akan pupus ditelan waktu dan lenyap tanpa nisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: