Mamat Sepah Mengaku Salah Dedah Rambut Fida


Mamat mengaku tidak sengaja

Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

“Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Gambar Fida menampakkan sebahagian rambutnya yang tersebar luas di laman-laman blog hiburan di Internet.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

“Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

“Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya,” jelasnya.

Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

“Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.

“Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu,” katanya.

M Alqayum Azizi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On September 21, 2011 at 12:33 pm

    hei mamat, kau tu x layak rambut fida lagi, ko orang bukan suami isteri

  • Anonymous  On September 22, 2011 at 2:40 pm

    TAYANG RAMBUT PUN JIKA MUKA TAK CANTIK PUN TAK ADA GUNA NYA. Memang padan pun u dengan Mamat tu.

  • kamikaze  On September 23, 2011 at 6:18 pm

    xsangke fida boley kasi mamat amek gmbr dye dlm keadaan cam 2.. .
    fida darh len sgt skunk. xsonok tgk dye cam ny.. .
    bEruBAh kew fida.. . .?

  • Anonymous  On September 24, 2011 at 2:08 am

    ni die jwb psl mamat tersalah sbb tak perasan rambut fida terdedah n trus letak kt fb..abeh fida kene ckp lak asl die nk kene bukak tudung dpn mamat.

  • Anonymous  On September 30, 2011 at 1:08 pm

    pikir sendirila… dah nama pun pelakon… semer bole wat2 berlakon lah…x nampak la… x ingat la…
    cuba sekali cakap sesuatu yg boleh dikatakan jujur …..

  • norazmah  On October 2, 2011 at 7:03 pm

    jgn ckp lain buat lain.dulu kn fida tk mcm tu…

  • sidi  On October 4, 2011 at 1:42 pm

    kalau mamat tak ambik pun…nape lak fida tak pakai tudung elok elok keluar berjalan…tak salah mamat….dah awak yg tayang rambut…sape sape boleh ambik gambar…lame excuse…seswai la ko ngan mamat tu fida…

  • mialia  On October 4, 2011 at 2:56 pm

    fida dedahkan rmbut dpan mmat boleh, so awat mlenting skarang ni?
    siap boleh snyum seolah2 tak kisah.. sriyesly, dia igt tdung tu ape??

  • love  On October 5, 2011 at 8:17 pm

    peliQ dgn pelakon skrg,dlm tv blakon luar pun naQ blakon gaQ.NaQ slhkan mamat xjuga,sb sipemakai tudung tue yg patut dslhkan.yg xpakai tdung buat apa.ley main buka2 plaq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: