Kenapa Ramai Orang Jadi Gila Kerana Mat Sabu


Ramai orang gila kerana Mat Sabu

Habis semua orang gila kerana Mat Sabu.

Timbalan Presiden PAS itu, Mohamad Sabu telah mengusik masyarakat Malaysia yang berkecamuk fikirannya sejak berada di bawah pentadbiran 1 Malaysia. Mereka diayunkan dengan impian berpendapatan tinggi dan tiba-tiba berdepan dengan semua barang berharga tinggi.

Otak masing-masing sudah tak berapa betul kerana Hari Kemerdekaan tidak dirayakan sekali ini pada 31 Ogos tetapi diganjakkan kepada 16 September seperti yang diacah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya dia berjawa menumbangkan kerajaan 1Malaysia tahun 2008 dulu.

Tiba-tiba Mat Sabu mengusik sekalian rakyat Malaysia, dia hendak mengubah sejarah kemerdekaan negara yang dikiranya tidak tepat. Dikaitkannya kisah Bukit  Kepong yang diwayangkan oleh Jins Samsuddin, seorang seniman Umno. Disebutnya nama Mat Indera yang hadir dalam serangan di Balai Polis Bukit  Kepong itu.

Mat Indera itu timbul kerana ada buku separuh rasmi diterbitkan oleh kerajaan Johor dengan kata penghantar oleh Menteri Besar Dato Ghani Othman. Dia dibariskan bersama Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail, Dato Maharajalela, Tok  Janggut dan lain-lain.

Nama-nama yang disebut  dalam buku itu banyaknya penentang penjajahan British. Mereka itu dianggap wira oleh masyarakat. Bersama nama-nama itu ada namat Mat Indera. Bila orang lain dianggap wira, kerana Mat Indera ada sama, maka logiknya dia pun seperti wira jugalah.

Mat Sabu selalu mengusik hal itu setiap kali menjelang sambutan ulang  tahun kemerdekaan. Kerana kali ini  dia menjadi Timbalan Presiden PAS dan masyarakat bukan saja mula demam pilihan  raya tetapi otak berserabut dengan pilihan raya, maka jenaka yang ditimbulkan oleh Mat Sabu menyebabkan semua pihak melenting,  seperti naik gila belaka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin minta dia taqwa. Ertinya sudah dia mengucap.

Akhbar-akhbar menggunakan bermuka-muka surat mengenai reaksi orang atas usikan Mat Sabu itu. TV pun mengambil masa berita yang panjang tentangnya.

Profesor-profesor sejarah pun bangun,  semuanya marahkan Mat Sabu. Mereka pertahan sejarah yang dipertikai Mat Sabu itu. Mereka kata Mat Sabu tak buat penyiasatan. Adakah mereka sudah membuat penyiasatan yang tahan uji?

Satu ketika dulu seorang Naib Censelor Universiti Malaya, Prof. Dr Syed Hussain Al-Atas mengira profesor kita adalah profesor kangkong belaka. Kata-katanya itu dikira laju tetapi isu itu tidak pernah diselesaikan.

Sehingga ada profesor yang mengira bahawa pejuang-pejuang kiri yang menuntut kemerdekaan dulu karut belaka. Mereka itu anti raja. Betullah komunis itu ditolak oleh masyarakat umum, tetapi yang kiri itu bukan semua komunis. Orang sekolah dewasa boleh bercakap begitu tetapi profesor tak betullah bila bercakap begitu. Status profesor itu tinggi. Tetapi semuanya bercelaru setelah diusik Mat Sabu.

Setengah NGO dan berbagai lapisan masyarakat meninggalkan kerja masing-masing di sana sini membuat laporan polis. Penuh balai polis didatangi oleh orang marahkan Mat Sabu.

Polis memang sudah  tidak menang dengan banyaknya jenayah. Dengan ucapan Mat Sabu, bertambah fail aduan di balai-balai polis.

Bekas polis baik yang berpangkat tinggi mahupun yang prevet, yang sudah lama bersara dan yang baru bersara semuanya bersuara kalau boleh hendak mereka cekek Mat Sabu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dikatakan berkata, jika dia berkuasa lagi, mungkin dia tahan Mat Sabu.

Tetapi yang lebih memeranjatkan Tun Hanif tidak setuju Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Semua orang kata Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Pejabat Tanah Jajahan British  di London ada rekod ia pernah menjajah kita. Sebagai penjajahlah ditukarnya nama Tanah Melayu menjadi Malaya.

Tun Hanif percaya kita pernah dijajah Inggeris. Katanya, Inggeris datang membantu dan berkhidmat kepada Raja-Raja Melayu. Tun Hanif bercakap di depan Prof. Khoo  Kay Kim  dan Prof. Ramlah Adam, tokoh-tokoh sejarah kita.

Mereka cepat-cepat menegur Mat Sabu, tetapi tidak dilaporkan mereka cuba membetulkan Tun Hanif. Seolah-olah sensitivti mereka tentang sejarah tak menentu. Bila mereka diam dengan keterangan Tun Hanif, seolah-olah Tun Hanif bercakap betul.

Tun Dr Mahathir pun ikut berjenaka juga setuju yang Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, cuma Raja-raja Melayu  saja segan dengan Orang Putih.

22 tahun Dr Mahathir menyampai ucapan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Untuk apa ada hari kemerdekaan setiap tahun dan kerana apa dia beerucap begitu?

Apabila mereka kata Brtitish tak pernah jajah Tanah Melayu,  dua-dua Tun itu  sudah menolak fakta sejarah. Sejarah kata, Inggeris pernah menjajah. Mereka sesperti tidak ssetuju dengan sejarah.

Habis semua sejarah tonggang langgang disebabkan oleh orang-orang yang  dilatakkan oleh kenyataan Mat Sabu.

Saya teringat dongeng Kulub Kecil. Dia membuat berbagai cerita menyakat Kulup Besar. Habis harta Kulup Besar kerana mendengar sakat Kulup Kecil.

Ucapan Mat Sabu macam jenaka Kulub Kecil juga menyebabkan semua boleh gila kerana pandangannya.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: