Anak Chef Wan Kena ‘Kunci Mulut’ Kerana Janda ?


Status Ana Dahlia, Chef Riz diarah kunci mulut

Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk “mengunci mulut” selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon Ana Dahlia,28, kononnya sudah bergelar janda.

Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya.

“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak.

“Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari,” kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.

Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104).

“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri.

“Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu.

“Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos,” ujarnya lagi.

siti azira abdul aziz

Nota: Kalau janda pun apa salahnya..

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: