Pandy Kutty Sebar Gambar Bogel Anwar


Kecoh gambar Anwar bogel 

SUNGAI PETANI- Penduduk Taman Seri Bayu, Sungai Lalang, dekat sini kecoh dengan penemuan poster gambar bogel pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal pagi semalam.

Majlis Ketua Kampung/Komuniti Taman Seri Bayu, Ahmad Bakar, 52, berkata, poster yang bersaiz A4 itu dicetak dua halaman (depan dan belakang) yang memaparkan gambar Anwar dalam keadaan bogel di halaman hadapan. 

Menurutnya, di halaman belakang pula memaparkan gambar Anwar bersama ahli keluarganya namun, gambar yang dipaparkan di halaman itu menunjukkan Anwar dan keluarga lengkap berpakaian.

“Poster itu dijumpai bertaburan di atas jalan masuk menuju Taman Seri Bayu dengan kata-kata kesat turut dicetak bersama gambar terbabit.

“Saya percaya pihak yang mengedarkan poster terbabit mengambil kesempatan untuk mempengaruhi orang ramai sempena Majlis Jamuan Hari Raya dan Perasmian PKR Cabang Merbok yang bakal diadakan malam ini (semalam) dan dijadualkan dirasmikan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, semalam.

Sehubungan itu, Ahmad membuat laporan polis di IPD Kuala Muda jam 1.57 petang semalam berikutan kecewa dengan sikap pihak yang mengedarkan poster berkenaan.

Menurutnya, dia meminta pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan menerima laporan itu.

Sh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: