Najib Siap ‘Cucuk 1 Jarum’ untuk Berdebat Dengan Anwar


Menurut pakar perubatan Assuntau najib akan dicucuk ubat terlebih dahulu sebelom ‘berdebat’ dengan Anwar.

Ubat yang dicucuk itu adalah untuk…

1. Anti Demam

2.Anti keluar buih dari mulut macam mamat Shabery hari itu.

3.Anti kapal selam

4.Anti Altantuya

5.Anti hotel Port Dickson

6.Anti telaga minyak Brunei dan

7.Dan banyak lagi..

Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sementara Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden.

“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,” kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Terdahulu Najib berkata, inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.

Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

Dalam pada itu dipetik Bernama Online, Najib berkata BN Selangor berikrar untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang memenuhi harapan dan cita rasa rakyat Selangor jika diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Najib memberi pengharapan baru itu kepada rakyat Selangor yang kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

“Kita berazam dan bertekad sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya umum akan datang, kita akan lakukan yang terbaik di Selangor.

“Jika sayang negeri Selangor, yakinilah BN,” katanya ketika berucap pada rumah terbuka Aidilfitri BN Selangor di i-City di sini.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN perlu melihat semula keperluan sebenar rakyat Selangor bagi merangka satu manifesto khusus untuk negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Pertama kita lihat balik apa yang rakyat negeri Selangor nak sebab negeri Selangor negeri yang maju, keperluan rakyat bandar dan luar bandar adalah berbeza,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Konvensyen BN Selangor di sini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata oleh itu, manifesto untuk BN Selangor tidak boleh dibuat secara “pukul rata” kerana keperluan rakyat atau para pengundi di bandar, separuh bandar dan luar bandar adalah berbeza.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Janggut Putih  On September 19, 2011 at 11:34 am

    selama ini parti pembangkang yang beria-ia memperjuangkan anti ISA dapat apa????? yang dapat nama Najib & Umngok…….. sama lah macam zaman penjajah yang dapt nama yang 2 orang tu jer…..yang syahid dulu2 dapat per dapat mati jer……….

    kalau cam tu yang 2 orang yang di agong2kan oleh umgok perjuang kemerdekaan tu tak payah bagi nama perjuang kemerdekaan….. bagi jer nama perjuang kemerdkaan kat british kerana british yang bagi merdeka,,,,,,,kalau british x bagi merdeka ….takler malaysia merdeka….kerana yang memperjuang kemerdekaan x dapat per…..sama ler macam yang memperjuang anti ISA x dapat apa2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: