Kes Rogol: Mini Skirt Punya Pasal ?


Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam protes mengecam kenyataan berkaitan dengan pakaian wanita di Jakarta, Indonesia itu hari ini. — Foto Reuters

Hahaha…hahaha

dah hangpa pakai seksi meksi nak salahkan orang perati pulak…hahahha

apa ka punya bangang…dah tu kata minda orang pulak kotor…hahaha

hangpa punya pasai la yang donia jadi macam macam laa ni..

kalu aku tak silap…mafhum dari al Hadith setiap 7 dari 10 dari ahli neraka adalah wanita…so pikiaq pikiaq sama laa..

ada otak pakai..jangan letak dikepala lutut..islam mendaulat wanita dengan aurat…cer habaq mai sat…berapa orang wanita muslimah sejati dah kena rogol…

Rogol: wanita mini skirt kecam kerajaan

Puluhan wanita dan kanak-kanak dengan mengenakan skirt mini dan seluar ketat berhimpun di tengah Jakarta hari ini sambil mengecam kenyataan seorang pegawai kerajaan yang mendakwa pakaian yang “provokatif” sebagai punca serangan seksual.

Protes itu diadakan ekoran kenyataan gabenor Jakarta Fauzi Bowo yang kelmarin berkata kaum wanita tidak harus mengenakan pakaian-pakaian mendedahkan aurat jika mahu mengelak mereka menjadi mangsa rogol atau mana-mana bentuk serangan seksual.

Fauzi dengan segera memohon maaf tetapi kenyataannya mendapat liputan meluas menerusi media tempatan dan Twitter.

Protes hari ini menggesa pihak polis dan kerajaan Indonesia mengambil tindakan lebih menyeluruh untuk melindungi kaum wanita dan membantu mangsa serangan seksual.

Para peserta membawa sepanduk tertera mesej “Jangan beritahu kami bagaimana untuk berpakaian, beritahu mereka jangan merogol”, dan “Badan saya bukan lucah, sebaliknya minda anda kotor”.

“Pegawai-pegawai kerajaan seharusnya berdiam diri daripada membuat kenyataan berbaur diskriminasi terhadap wanita.

“Mereka seharusnya sensitif dan menjadi tanggungjawab mereka mencari penyelesaian ke atas kes-kes keganasan terhadap wanita,” kata jurucakap penganjur protes Tunggal Prawestu.

Awal bulan ini seorang wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah van mini, yang digunakan sebagai pengangkutan awam, pada lewat malam.

Mengikut data Suruhanjaya Nasional Indonesia Bagi Hal Ehwal Wanita terdapat lebih 100,000 kes keganasan ke atas wanita tahun ini. Empat peratus daripada kes itu melibatkan kejadian rogol.

Reuters

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Krongthip Mahalakorn  On September 18, 2011 at 10:05 pm

    Kerajaan Haramkan saja pemakaian mini skirt dan mana2 individu yang memakai pakaian menjolok mata didenda dengan membayar harga pakaian gantian manakala pakaian menjolok mata itu dirampas. Denda itu bukan saja harga pakaian tapi mesti dilebihkan bagi tujuan tabungan untuk sesuatu dana.
    Kalau lima orang ditangkap dan didenda pastinya tiada lagi yang memakai pakaian provokatif. Sebelum itu Kerajaan perlu buat kod ethika berpakaian, contohnya:- 1.Skirt mesti bawah paras lutut dan tidak sendat(ketat)
    2.Seluar mestilah tebal dan tidak sendat
    3.Belahan dada tidak boleh menjangkau kepada lurah payu dara
    4.Belahan pada kain atau skirt tidak boleh melebihi paras lutut.
    5.Baju yang tipis mesti beralas pada bahagian badan dan tidak
    boleh menampakkan warna coli.
    6.Baju mesti tidak sendat sehinggakan menampakkan susuk tubuh.

    Mana2 individu yang didapati memakai pakaian sebegini terus ditangkap dan diberi pakaian gantian seperti baju kurung dengan kain sarung kemudian mereka dikenakan bayaran pada pakaian gantian itu campur denda untuk danan. Kalau perkara ini dapat di implementasikan pasti aman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: