Ummi Hafilda Akhirnya ‘Pasrah’


Ummi Hafilda tarik balik saman rakan perniagaan dan Malaysiakini RM100 juta

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali Isnn menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membatalkan writ saman itu selepas membenarkan permohonan peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, untuk menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin memfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Hakim Singham berkata mahkamah tidak menggalakkan dan tidak akan melayan pihak yang menyalahgunakan mahkamah dan menasihati pihak yang ingin memfailkan sebarang tindakan supaya ia dibuat dengan teratur.

Zulhelmi menarik balik tindakan saman itu selepas pihaknya mendapati writ saman itu tidak teratur di mana nama Nor Azman yang dinyatakan dalam saman itu berbeza dengan namanya di dalam kad pengenalan dan saman itu juga tidak dihantar di alamat terakhir Nor Azman di Kapit, Sarawak tetapi dihantar ke alamat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.

Beliau berkata pihaknya dengan sukarela menarik balik saman itu tetapi tidak bersetuju sekiranya pihaknya membayar kos kepada Nor Azman.

Perkara mengenai nama yang berbeza dan alamat terakhir itu telah dibangkitkan oleh peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Nor Azman dan memohon sekiranya saman itu ditarik balik, pihak plaintif (Ummi Hafilda) membayar kos sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya sebagai kos pengangkutan dan kos guaman.

Singham membenarkan kos RM5,000 yang dipohon oleh Mohd Yusmadi itu dilaksanakan selepas beliau membuat keputusan di akhir kes saman kali yang ketiga, sekiranya plaintif memfailkan semula saman itu.

Terdahulu, Mohd Yusmadi memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu kepada tarikh lain bagi membolehkan pihaknya mendapat laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai anak guamnya yang dilaporkan muflis.

Mohd Yusmadi juga memberitahu beliau menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai Ummi Hafilda yang diisytiharkan muflis pada 1999.

Zulhelmi mengakui laporan itu tetapi pihaknya telah merujuk kepada jabatan itu sebelum memfailkan saman dan jabatan itu membenarkan Ummi Hafilda membuat tindakan berkenaan.

Hari ini, mahkamah juga menetapkan untuk mendengar perbicaraan penuh kes berkenaan dan semua saksi bersedia di mahkamah namun mahkamah mempersoalkan mengapa Ummi Hafilda sebagai plaintif tidak hadir pada prosiding pagi itu.

Zulhelmi mengakui kesilapannya kerana beliau beranggapan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan sahaja dan bukannya untuk perbicaraan penuh saman itu.

Ketika prosiding bersambung semula setengah jam kemudian, Ummi Hafilda hadir ke mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 25 April lepas, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Parlimen, telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: