Kontroversi Tahajjud Cinta: Erma Fatima Mahu Rujuk Dr Asri


Tahajjud Cinta dikritik mempersenda agama

Pengarah drama Tahajjud Cinta, Erma Fatima meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama arahannya itu yang dikritik kononnya telah mempersendakan agama Islam.

Erma berkata, individu yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu.

“Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia.

“Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi,” katanya kepadamStar Online.

Tahajjud Cinta lakonan Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa ituberkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.

Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Bagaimanapun kata Erma, Dr Asri belum dapat memberikan komen disebabkan beliau belum berkesempatan untuk menonton drama tersebut.

“Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya.

“Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai,” katanya lagi.

Jelasnya, sejak drama itu mendapat kritikan, dia belum memberikan sebarang komen dan memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi.

“Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan.

“Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh,” ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Erma juga bakal muncul dengan telefilem arahannya berjudulOh Haram yang akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini, pukul 9 malam.

Oh Haram mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru pulang dari menuntut pengajian agama dan sentiasa menganggap semua perkara yang dilakukan oleh orang lain adalah haram.

Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Sharifah Amani, Rita Rudaini, Jalil Hamid dan Hamidah Wahab.

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On September 7, 2011 at 9:49 pm

    dah namanya artis, buat dulu baru rujuk janji rating naik. xmau susah payah buat kajian dulu yg penting filem siap kaut untung kalau pejabat kotak.

    • abu shahid  On September 7, 2011 at 10:07 pm

      betui laa tu…buat duit dulu, kena kutuk belakang kira..

  • Anonymous  On October 14, 2011 at 10:21 pm

    sy menonton cerita nie sampai habis, tiada pengisian dan byk ayat ditafsir mengikut hawa nafsu, dan utk pengetahuan umum bahawasanya wanita tiada hak munutut hak keistimewaan mereka krn mereka tidak boleh menjadi iman kpd makmum yang berbangsa lelaki

  • wow  On November 1, 2011 at 12:43 pm

    tak ada orang lain ke yang nak dirujuk selain dr asri yang berfahaman wahabi tu. melihat kebodohan pengarah ni dah boleh agak, drama dia ni memang mempersendakan agama. lain kali kalau tak tau pasal agama, tak payah la buat cerita yang ada kaitan dengan agama. nanti menyesatkan orang pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: