Naik Hangat: Utuseks Kena ‘PAU’ RM5,000.00 Dengan Teresa KoK


Pernyataan berunsur fitnah Utusan adalah benar:  Hakim

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) untuk mengenepikan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam saman fitnah yang difailkan syarikat akhbar itu terhadapnya.

Hakim Datuk John Louis O’hara pada penghakimannya juga memerintahkan UMMB untuk menjelaskan kos sebanyak RM5,000 kepada Teresa, 47, yang juga Setiausaha Kebangsaan DAP.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang difailkan oleh Teresa menerusi peguam Sangeet Kaur telah menimbulkan isu yang boleh dibicarakan.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili UMMB memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada 27 Februari 2009, UMMB selaku plaintif telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa atau nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Saman tersebut difailkan atas dakwaan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah ‘memutar-belitkan’ pernyataan-pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan ketika berada dalam tahanan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) 1960 kerana disyaki memudaratkan keselamatan negara pada tahun 2008.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya berkata, pernyataan fitnah Teresa itu dibuat pada 22 September 2008 dan ia telah diterbitkan oleh pihak media tempatan serta blog beliau sendiri.

UMMB antara lain menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah daripada laman blog dan laman web tersebut selain perintah injunksi, ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif.

mStar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: