Ada Orang PAS Conteng Salib Dimuka Tok Guru Nik Aziz?


Hahaha..lagi lawak bodoh dari pihak gerombolan..

Ada ka orang Pas nak conteng salib diwajah Idola perjuangan..hahaha

Woit..kalu ya pun nak main perang saraf..cari laa idea lain..hahaha

Hangpa sendiri pun tahu siapa gerangan yang selalu duk serang pemimpin Pas..habis bahasa lucah dan gambar superimpose depa gunakan untuk permainkan wajah ulama dan pemimpin Pas dalam blog depa…hahaha

Bermula dari Pakatan Rakyat berjaya menyedarkan rakyat ,serangan juak juak pencacai UMporNO tak sudah sudah dengan fitnah..hahaha

Shah Alam semakin meriah kerana Khalid Samad telah mengalahkan Jeneral UMporNO…hahaha

Tok Guru Nik Aziz semakin establish dipersada politik dan menjadi ikutan kepada semua golongan.

Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib

Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

“Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,’ katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan “puak-puak jahat” tersebut.

“Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

“Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • kunci  On August 28, 2011 at 9:37 pm

    orang yang conteng tu, tak lama kena la tu..dulu tok guru dibaling telur (tapi tak kena), duk kejap orang yang disyaki tu bertimpa-timpa kena musibah.

  • kumpulan anti DAP  On August 29, 2011 at 1:18 pm

    ha itulah balasa kepada puak PAS…kalau selalu suka mengkafirkan orang dan tak sedar diri sendiri dah jadi kafir

    • abu shahid  On August 29, 2011 at 9:19 pm

      ada bukti ke?..jangan main main kata kata awak akan balik kepada diri awak sendirik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: