YB Saifuddin tunjukkan taktik kantoi juak juak UMporNO

Mungkin ada sperma Saiful didubur sendiri kata pakar
Seorang pakar Australia tidak menolak kemungkinan sperma Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri ditemui pada dubur si pengadu itu.
Dr Brian McDonald, saksi keempat pihak pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu.
“Beliau mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma). Beliau tidak melakukan ujiannya dengan rapi,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi.
Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: “Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu.”
Dr McDonald, 60, berkata profil DNA dalam sampel sperma yang diambil dari bahagian tinggi rektal Saiful, dari segi kekuatan, adalah milik ‘lelaki Y’, satu lagi adalah kepunyaaan Saiful manakala satu lagi daripada bahagian rendah rektal tidak konklusif.
Pasukan pendakwa mengaitkan ‘lelaki Y’ dengan Anwar selepas seorang ahli kimia kerajaan memberi keterangan pada Februari lalu bahawa profil DNA ‘lelaki Y’ sepadan dengan tuala sampel diperoleh daripada tuala yang digunakan oleh Ketua Pembangkang ketika ditahan dalam lokap satu malam tiga tahun lalu.
Hari ini, Dr McDonald berkata proses ekstrak yang berlainan seharusnya dijalankan dengan berhati-hati bagi memastikan dua sampel berbeza sel-sel sperma dan sel-sel bukan sperma demi mengelakkan kesamaran.
“Beliau (Dr Seah) membuat andaian beliau mempunyai sel-sel ‘epithelial’ dan (sel) sperm,” kata beliau.
“Beliau memberitahu bahawa orang nombor satu adalah dari jenis sel ini. Beliau tiada bukti… bahawa beliau ada dua jenis sel,” kata beliau lagi.
Semalam, Dr McDonald juga mengkritik Dr Seah bahawa boleh hilang kerja jika beliau bekerja di Australia.
Katanya, tindakan tidak melakukan apa-apa walaupun menyedari bahawa dua bekas yang ada sampel-sampel DNA kemungkinan telah disalah label adalah satu perbuatan boleh membawa kepada dibuang kerja.
Kedua-dua bekas membawa label bertarikh 26 Jun 2008.
Anwar berhadapan dengan tuduhan meliwat Saiful pada tarikh tersebut.
Bagaimanapun mahkamah diberitahu bahawa sampel ke atas Saiful hanya diambil pada 28 Jun 2008 selepas si pengadu bertemu dengan doktor.
Perbicaraan akan disambung pada 19 September ini.

Comments
dunia..duniaa..fitnah ada di mana2..