Ameerah Asha Azizan cuba rancang kes culik kena reman
SHAH ALAM – Seorang remaja tingkatan lima Ameera Asha Azizan 17 dan teman lelakinya dikenali sebagai Shamsul Bukhari, 19 yang disyaki merancang culik dan meminta wang tebusan RM50,000 daripada ibu bapa gadis berkenaan direman empat hari bermula semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar (gambar) berkata, mereka ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
“Remaja perempuan berkenaan dipercayai meminta wang tebusan selepas dipujuk teman lelakinya.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kegunaan wang tersebut,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, gadis itu bersama teman lelakinya berusia 19 tahun diberkas di dalam sebuah kereta di Saujana Puchong, kira-kira jam 9 pagi.
Polis menjalankan serbuan hasil risikan selepas mendapat maklumat daripada keluarga gadis itu yang menerima panggilan ugutan dan tebusan daripada teman lelakinya.
Siasatan mendapati, kes kehilangan gadis berusia 17 tahun itu dirancang pasangan berkenaan.
srn
Nota: muda muda lagi dah berpotensi merancang kes jenayah. Wallahu aa’lam