Jihad Ramadhan Dengan Bakar Pejabat DAP, Ada Pahala Besar?


Agak agak hangpa mamat yang pi bakar pejabat DAP Penang tu dapat pahala besar ke tidak?
Boleh dikira sebagai amal kebajikan dan amal soleh ke tidak?
Atau pun sebagai jihad akbar kerana cuba merosakkan dan memusnahkan harta orang lain.
Sapa ada jawapan ..Cer habaq mai sat..hihihi
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang dibakar
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

“Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama ada suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

“Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

NONEPintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata saksi seorang lelaki mencurigakan dilihat berhenti di hadapan pejabat parti itu sekitar pukul 2.50 pagi, sebelum menyalakan satu kertas suratkhabar.

“Katanya suspek kemudian mencampakkan kertas suratkhabar yang terbakar itu ke premis berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di Georgetown hari ini.

Beberapa makalah penerbitan parti yang ditempatkan di hadapan bangunan dua tingkat itu didapati turut terbakar.

Sementara itu Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beach Street Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.50 pagi.

Menurutnya empat jentera bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: