Bongkar: Kenapa Undi Pos Perlu Diharamkan


4 Bekas tentera mengaku pangkah ribuan kertas undi

Empat bekas bekas tentera hari ini mendedahkan penglibatan mereka dalam proses pengundian pos termasuk memangkah bagi pihak anggota tentera dan isteri mereka semasa pilihan raya.

Mereka mengaku memangkah ribuan kertas undi bagi pihak lain di kem-kem tentera, di markas  sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan.

Kesemua mereka mengakui menjadi pegawai yang terlibat dalam pengundian pos dan melakukannya mulai dari pilihan raya umum 1978, 1986 hingga ke pilihan raya umum 1999.

Pendedahan itu dibuat di ibu pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pas Pusat, Suhaizan Kayat.

Dalam sidang media itu, Kamaruzzaman Ibrahim, 53 yang bertugas sebagai kerani pentadbiran menceritakan tindakannya memangkah ribuan undi pos di Kem Terendak, Melaka pada pilihan raya ke lapan.

‘Pangkah sampai lenguh’

“Saya dipanggil pegawai untuk memangkah undi.  Saya tak ingat berapa negeri yang saya pangkah, seluruh Malaysia mungkin.

“Saya pangkah bukannya satu atau dua jam, tapi tiga hari. Nak kata banyak saya tidak tahu. Tapi tangan sampai lenguhlah. Tangan inilah yang pangkah,” kata Kamaruzzan yang bersara dari tentera pada tahun 1991, selepas 10 tahun berkhidmat.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastur,  64 yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand ketika pilihan raya umum ke-6 berkata, pihaknya terpaksa memulangkan semula karung undi pos yang ditandanya sendiri kerana kesuntukan masa.

“Saya menerima surat dari Kementerian Pertahanan yang dihantar bersama karung undi pos. Waktu itu kami hanya ada 4 hari sahaja sebelum memulangkan kembali undi pos.

“Untuk membawa karung undi pos ke kawasan operasi memang sukar. Jadi pegawai pemerintah mengarahkan supaya tindakan diambil, iaitu ‘menyelesaikan urusan’ tersebut di peringkat kami.

“Dan terpulanglah kepada kami untuk ‘menentukan’ undi tersebut,” kata Risman yang berkhidmat mulai 1966 hingga 1996.

‘Hang nak pangkah apa, hang pangkah lah’

Manakala Mohamed Nasir Ahmad, 50 yang bertugas di sebuah kem di Sandakan, Sabah memberitahu, dia ditugaskan bersama rakan sejawat, diarah untuk memangkah kira-kira 900 kertas undi anggota dan isteri pada pilihan raya ketujuh, tahun 1986.

“Kami diberikan masa hanya selama 3 hingga 4 jam sahaja sebelum dikembalikan. Kertas undi dibawa dengan pesawat termasuk ke lokasi lain di Pulau Banggi, Semporna dan Lahad Datu,” kata Mohamed yang berkhidmat selama 19 tahun dalam Kor Perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sementara itu Mohd Kamel Omar, 49 atau lebih dikenali dengan nama ‘Kamel Komando’ menceritakan pengalamannya membawa karung undi pos dari Kem Tentera TUDM Butterworth pada pilihan raya umum ke 10 pada tahun 1999.

“Pada hari mengundi pos, kira-kira jam 4.30 petang ketika masuk ke sebuah bilik yang ditutup tingkap dan pintu, saya terkejut bila lihat ramai anggota tentera yang sedang pangkah kertas undi.

“Mereka kata pada saya – Hang nak pangkah apa, hang pangkahlah. Nanti adalah habuan untuk hang. Mereka beri saya satu kotak suruh saya selesaikan pangkah dalam setengah jam. Saya tak mahu subahat. Ini khianat namanya,” cerita beliau.

Kd

Nota: anggota keselamatan Malaysia saja yang kerajaan Bn kalut nak dapatkan undi depa, negara lain anggota keselamatan buat kerja untuk rakyat. Tak dak kalut nak pi mengundi pun.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: