Laporan: 12 Orang Beri Keterangan isu Gereja PJ (DUMC)


Tiga daripada 12 individu Islam yang menghadiri majlis makan anjuran komuniti gereja di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu hadir memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, semalam. – Foto Roslin Mat Tahir

JAIS sedia kaunseling individu hadir majlis makan malam anjuran DUMC ..bh

SHAH ALAM: Seramai 12 individu Islam memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam kerana menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu.

Sumber JAIS berkata, mereka yang gagal berbuat demikian selepas diminta pihak berkuasa agama terbabit Selasa lalu, hadir secara berperingkat di pejabat JAIS mulai jam 9.15 pagi.

“Ada antara mereka ditemani peguam dan ada juga tidak. Semua individu terbabit turut diberikan kaunseling. JAIS mengeluarkan surat jemputan sekali lagi selepas mereka gagal hadir (9 Ogos lalu) dan akhirnya mereka berbuat demikian hari ini (semalam),” katanya.

Petugas media yang meninjau di tingkat enam pejabat JAIS mendapati sesi kaunseling itu turut dihadiri Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Tinjauan mendapati beberapa kanak-kanak bermain di luar bilik mesyuarat tempat sesi kaunseling itu berlangsung.

Selepas diarah turun, beberapa wakil media menunggu di hadapan pejabat Marzuki untuk mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tetapi sekali lagi diminta beredar sambil diiringi pengawal keselamatan.
Pada 3 Ogos lalu, media melaporkan Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis melakukan pemeriksaan di DUMC kerana mengadakan majlis makan malam anjuran komuniti gereja yang turut dihadiri umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dipetik berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.

Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.

Hasan berkata, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sultan Selangor titah JAIS tidak bertemu dengan sesiapa..mStar

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Jabatan Agama Islam (JAIS) agar tidak mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk PAS berhubung pemeriksaan jabatan berkenaan terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, nasihat berkenaan dibuat bagi memastikan maklumat kes tersebut yang kini masih berada dalam siasatan tidak terlepas kepada pihak luar.

“Memang kita minta bertemu dengan JAIS hari ini, tetapi berdasarkan jawapan yang diberikan JAIS secara bertulis atas beberapa perkara kerana kes ini masih dalam siasatan.

“Malah atas nasihat Sultan supaya JAIS tidak lagi bertemu dengan mana-mana pihak untuk menjaga maklumat siasatan itu (agar) tidak terlepas kepada pihak-pihak yang lain,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Bagaimanapun Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS tetap menaruh harapan agar pertemuan dengan JAIS dapat diadakan bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung insiden berkenaan.

“Kami tetap mengharapkan dapat bertemu (JAIS) kerana nak dengar daripada pihak mereka sendiri. Kami akan terus mengharap agar JAIS bersedia bertemu dengan PAS,” katanya.

Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung tindakan JAIS, Mahfuz berkata penjelasan mengenainya hanya akan dapat dibuat selepas pertemuan diadakan.

“Kita nak tahu apa sebenarnya. Kita nak jumpa JAIS, nak jumpa gereja. Sekarang ada macam-macam dakwaan, JAIS kata tak serbu, gereja kata serbuan.

“Sebab itu perlunya kita jumpa kedua-dua pihak untuk dapatkan penjelasan,” katanya.

Selain itu Mahfuz turut menggesa JAIS menyiapkan laporan berhubung insiden berkenaan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

“Kita minta JAIS mempercepatkan proses siasatan. Saya difahamkan laporan itu hanya akan siap selepas raya, ia satu tempoh yang begitu lama dan ini akan menimbulkan pelbagai kontroversi yang tidak baik kepada banyak pihak.

Nota: Cantik pakaian mereka ketika datang untuk memberikan keterangan kepada JAIS.

Wallahu aa’lam.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: