PERKASAm Pulak Ugut Najib Rosmah


Jangan gelak..

Baca saja..kalu nak gelak jugak..gelak pii laaaah….hahaha

Perkasam nak tunjuk anak jantan kat Najib Rosmah pulak …hahaha

Fuyooo Perkasa dah berani ugut Najib …hahaha

Kalu dah Pak berahim tuuu jantung tersumbat….lebih baik tidoq lagi baguih….ka macam mana …hahaha

atau pun bawak awek indon pi shopping beli baju raya..hahaha…maalomlah awek indon dah dapat IC Biru laa katakan..hahaha

Perkasa beri Putrajaya kata dua

Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak —  perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.

“Ini keputusan kami hari ini,” kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

“Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu,” kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.

Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

Makan angin ditasik Titiwangsa

“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” selar Ibrahim.

Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

“Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa,” katanya.

“Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif,” katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa “majoriti senyap” kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit.

Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah  Anwar.

Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

“Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh.

“Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan,” kata Ibrahim.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Loh Tse-Lee  On August 15, 2011 at 9:05 am

    He brahem,

    Boleh jalanlah! Hang tu sapa nak ugut Rosmah. Oi cerminlah diri tu dulu. Dia pemerintah utama negara, tau. Hang tu haprak — kucing kurang politik. Nak keluar demo ngan Bersih 2.0 pun kecut perut, takdak teloq. Ni bukan anak jantan, ayam jantanpun tak layak bagi kat kau. Usah dok berlakonlah brahem oi! Takdak sapa peduli kat hang lagi … hang boleh pi mampuih. Kalau hang jadi balaci si sembab tpm tu bolehlah. Dia la ni tengah do kumpoi orang bodo-bodo macam hang untuk jatuhkan Rosmah & the gang. Hang jilatlah pungkok si sembab tu sampai licin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: