Mat Sabu Kata Timbalan KPN ‘Bodoh’


ini kira kes ‘bangang’ jugak kot..hahaha

mana ada persamaan kes di bandaya metropolitan London dengan Kuala Lumpur!

jika sekiranya akhbar donia melaporkan bahawa di Malaysia ada kedai terbakar dan beberapa anggota polis meninggal dunia barulah boleh disamakan….ini beca roda tiga mamak cendol pun tak terusik…hahaha

Cuma yang menarik peminat untuk mengikutu keadaan ialah ada beberapa ekoq blogger UMporNO yang telah spin cerita seorang penunjuk perasaan telah ‘menyamar’..hahaha…tunggulah sat lagi mamat blogger UMporNO tu pun jenuh naik turun court sebab hamba Allah tu dah mulakan saman kepadanya.

Fakta yang jelas lagi terang satu lagi ialah kematian arwah Baharudin,Polis dah silap langkah sebab telah spin cerita sebelum Hospital keluaq laporan…tuuu pun tunggulah balasan yang setimpal dengan statement tersebut.

Sa lagi polis, Pak Menteri dan yang sewaktu dengan depa tambah buat silap bila kata Mat Sabu ‘pura pura’ ..hahaha sampai kena bedah lutut  tuu pun depa masih nak tunjuk ‘kebodohan ‘ lagi…hahaha

London rakyat mengamuk,Malaysia Polis mengamuk

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai ‘bodoh’.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

“Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

“Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

“Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan,” katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

“Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil,” katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda  beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli ‘Star Gang’ sedangkan beliau tidak bersenjata.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: