HOT: Sorang Lagi Bekas Komando TUDM Dedah Penipuan Undi Pos


ini baru betul betul Komando..

ini bukan KOMAN punya komando..ini Ori punya komando..berjuang kerana kebenaran..syabas bro Kamel

agi idup agi ngelaban beb…Blog ini salute 110%

Bekas Komando TUDM dedah penipuan undi pos

“Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi,” ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar)yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

“Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara,” tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • malar  On August 14, 2011 at 4:38 am

    Kepada si pegawai2 dan mereka yang bertanggungjawab berbuat demikian baik anda dari mana2 pihak, tunggulan azab anda di dalam kubur dan di akhirat kelak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: