MAS & Air Asia: Dewan Perniagaan Melayu ‘Tibai’ Tun Mahathir Pulak


 Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menolak pendapat yang telah dikeluarkan oleh Tun M.

Tun M mengatakan pertukaran saham MAS dan Air Asia adalah satu langkah bijak kearah globalisasi sistem penerbangan Malaysia.

Hakikatnya pegangan saham rakyat Malaysia akan terlepas kepada pelabur asing,inikah pendapat bekas PM yang harus dihormati?

DPMM: Langkah gabungan MAS Air Asia bukan formula Terbaik

Penjualan dan pertukaran saham bukan penyelesaian terbaik bagi perkembangan sesebuah entiti strategik negara, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Al Attas Syed Ali berkata pihaknya melahirkan kebimbangan ia akan menjadi satu trend penyelesaian selepas ini bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

“Kami memandang berat urus niaga sebegini di mana saham-saham pegangan kerajaan yang mewakili rakyat keseluruhan akhirnya akan terhakis kepada pihak luar,” katanya kepada media sebagai respon DPMM terhadap urus niaga pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia kelmarin.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, MAS yang merupakan “flag carrier” bagi negara dan rakyat Malaysia, mempunyai “nilai yang lebih tinggi” malah melebihi nilai pasaran.

Pertukaran saham tempoh hari adalah berdasarkan pada harga dagangan kedua-dua syarikat penerbangan itu pada Aug 5 iaitu RM3.95 bagi AirAsia dan RM1.60 bagi MAS.

Pertukaran itu menyaksikan Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham AirAsia memegang 20.5 peratus di dalam syarikat penerbangan nasional itu dan Khazanah Nasional, pemegang saham MAS memegang 10 peratus di dalam syarikat penerbangan tambang murah itu.

Idris Jala sudah gagal ?

Sebaliknya, Syed Ali berkata pertukaran pengurusan sepatutnya menjadi penyelesaian utama bagi memastikan sesebuah entiti strategik kerajaan terus berkembang.

“Kita mempunyai ramai cerdik pandai di luar sana yang boleh menakhoda MAS. Kita juga mempunyai ramai cerdik pandai untuk mendapatkan pandangan sebelum keputusan sebegini dibuat,” katanya.

MAS ditubuhkan pada 12 Oktober 1937 sebagai Malayan Airways Ltd dan kemudian berkembang sebagai sebuah syarikat penerbangan komersil pertama negara yang memulakan perkhidmatan pertamanya pada 2 April, 1937.

“Ia sudah berkembang lebih 80 tahun dengan ratusan kapal terbang dan laluan malah ribuan tenaga kerja anak tempatan. Malah ramai juruterbang dan jurutera telah berjaya dilahirkan malah MAS menyediakan latihan bagi pihak luar.”

“MAS terletak di kelasnya tersendiri dan ia seharusnya dijaga dengan sebaik-baiknya oleh satu pengurusan yang faham tujuan penubuhan syarikat penerbangan nasional ini,” kata Syed Ali.

Ditanya apakah tindakan yang boleh dilakukan kerana pertukaran saham sudah berlaku, Syed Ali berkata, “Malaysia pernah menyaksikan pembinaan jambatan bengkok yang sudah dibina, dibatalkan separuh jalan. Inikan pula hanya sebuah transaksi pertukaran saham.”

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: