Anwar Jumpa Pampers ex IGP Semalam, Biaq Betoi?


Biiar betul.. anwar jumpa pampers ex IGP semalam?

Dimana anwar jumpa ‘barang’ tu?

Kenapa ex IGP pakai pampers? kerana nak kena jumpa dengan anwar ka?takkan laa ex IGP dah kencing dalam seluar kot?..hahaha

Bukan main semalam beriya iya membantah kehadiran anwar,anwar tadak tanya apa pun cuma memerhati saja,takkan cam tu pun dah naik cuak? hahaha

Hakim: Anwar boleh hadiri sesi temubual saksi

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan dengan saksi bagi kes pembelaan perbicaraan liwatnya tetapi beliau tidak dibenarkan menyoal.

NONEHakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini.

Katanya tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temubual berkenaan.

Semalam, pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar bagi mengikuti temubual yang dijadualkan dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Pihak pembelaan sekarang dibolehkan menemubual 10 saksi hari ini dengan kehadiran Anwar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi itu.

Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.

Peguam Karpal Singh kemudiannya memberitahu wartawan dengan perintah mahkamah itu, semua saksi perlu hadir ke mahkamah sebagaimana dikehendaki pihak pembelaan.

“Anwar akan hadir sama (semasa temu bual) dan beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual dan pegawai penyiasat (IO) kes ini akan membantu kami untuk mengendalikan temu bual dengan 10 daripada saksi berkenaan sudah berada di sini hari ini,” kata Karpal Singh.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah membayangkan bila Najib dan Rosmah akan ditemu bual, Karpal Singh berkata setakat ini belum lagi namun temu bual berkenaan akan dilakukan sebelum Anwar membela diri pada Isnin (15 Ogos).

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Pada akhir kes itu, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: