Serbuan Jais ke Gereja: Wanita Melayu Mengaku di Pujuk Cara Halus?


Andai ‘benar’ dakwaan wartawan mymetro hari ini, ini satu berita sedih untuk semua umat islam di Malaysia.

Seorang wanita itu mengaku kerana kesusahan dan kesempitan hidup menyebabkan beliau termakan dakyah kristian.Adakah laporan mymetro ini benar?..Kita akan terus mencari jawapan pasti untuk kemelut muslimin ini.

Malangnya kenapa pihak berwajib mengenai kebajikan tidak menghulurkan bantuan kepada mereka ini?..Ini persoalan menarik untuk dikupas oleh semua .KEMAS,PPZ,Jakim,JPM  dan sebagainya dimana dalam persoalan ini seandainya benar seperti dakwaan wartawan mymetro itu?

KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Oleh Abdullah Wahab, Muhammad Apendy Issahak dan Yusliza Yakimir Abdul Taib

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ezra itszhaky  On August 6, 2011 at 2:13 pm

    apa pun jgn d nafikan hak2 individu trtentu yg ingin memilih ajaran kristian sbagai panduan hidup mereka.pehak2 tertentu prlu peka kna melayu memilih ajaran yg mulia itu.melayu jgn mudah menuding jari kpada org kristian.apa pun biar individu itu mimilih panduan hidup nya sndiri.saya harap lagi sekali jgn d nafikan hak kbebasan asasi manusia.skian

    • abu shahid  On August 6, 2011 at 4:10 pm

      emmm macam ada sesuatu dari komen awak…agaknya awak pun dah jadi kristian ke? maaf saya bertanya.

      Persoalan disini bukan hak kebebasan agama lah cik adik . Persoalannya dimanakah pihak berauthority ‘kebajikan’ dari kerajaan.

      Kedua, kenapa sampai melayu itu murtad (keluar dari agama islam) sekiranya hanya dengan alasan kesempitan hidup mereka tidak dipedulikan oleh pihak yg telah kita sebutkan itu.

      Hak kebebasan agama itu untuk penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka. Orang islam masih dibawah pentadbiran majlis agama dan Sultan sebagai ketua agama islam Malaysia.

  • Anonymous  On August 7, 2011 at 3:45 pm

    ezra….saudari ni terlalu liberal dan sekular. x takut dijilat dan dibakar api neraka ke??

  • Anonymous  On August 7, 2011 at 3:46 pm

    saudari ezra…liberal atau sekular itu pilihan kamu…tapi x takut dibakar api neraka ke….?

  • Chuck  On August 7, 2011 at 3:53 pm

    Senang bagi kita cakap

    “Takkan nak murtad hanya sebab pihak gereja memberikan bantuan kewangan”,

    tetapi apa yang kita sendiri akan buat, bila kita sendiri yang mengalami masalah kewangan dan pihak kebajikan agama sendiri tidak membantu, sanggupkah tengok anak-anak mati kebuluran atas sebab nak jaga maruah Islam?

    Food for thought.

  • Anonymous  On August 9, 2011 at 5:01 pm

    Inilah jadinya kalau tiada Iman dihati. Allah ditolak ketepi. Halal dan haram tidak diambil peduli. Yang diinginkan kesenangan kehidupan diri. Insyaallah tunggulah dihari kemudian nanti pasti dijilat api. Waallah hu aqlam.

  • zain  On August 10, 2011 at 2:18 pm

    Ezra aku akan perang kau…Lain isu Lain pulak yang kau fikir…pergi mampos kau nak masuk kristian ke Budha ke…Sebab itu bukan isunya…

  • Anonymous  On August 13, 2011 at 2:01 pm

    ezra, kami org Islam bukannya menghalang atau memaksa individu memilih islam sebagai pegangan agama tapi kami ingin menyelamatkan aqidah mereka yg tersesat kerana kami tahu Islam itu benar dan Allah itu wujud. Dan kami juga tahu apa hukuman yg mereka (org yg sesat) akan terima di akhirat kelak… di dunia ja kami boleh membantu dan menyelamatkan mereka kerana di akhirat nanti kami tak boleh membantu mereka dah… wallahualam… Semoga Allah akan bukakan hati kamu ke pintu taubat, ezra… aminnn….

  • hani  On August 15, 2011 at 10:14 pm

    Ezra bukan muslim,sbb itulah dia mendakwa agama kristian mulia. Ezra, hak beragama spt yang kamu laungkan tu tiada salahnya tetapi yang menjadi kesalahan ialah cara kristian memerangkap orang Islam (yang lemah dan jahil) untuk menganut kristian tulah yang menjadi kesalahan besar. Ingat Ezra, setiap perbuatan yang diiringi tipu muslihat dan agenda untuk memerangkap kebiasaanya ‘sangat kotor dan jijik’…nah, itulah cara kristian yang sejak dahulu menggunakan tektik ini…ingat Ezra, benar..mungkin setahun dua kamu semua boleh bertepuk sorak kerana berjaya mengristiankan muslim secara sembunyi2 tetapi ingat, ALLAH SUBHANAWATAALA tidak akan membiarkan kamu semua begitu sahaja…pasti ada balasan yang amat pedih di kemudian hari…KEPADA muslim yang berada dalam kesulitan, tetapkalan hati, iman dan pegangan mu walau apa jua musibah yang kamu lalui kerana sesuangguhnya ALLAH tidak akan membiarkan hambaNya terumbang ambing selagi hambaNya sentiasa memohon rahmat dari Nya. Biarlah kita mati dalam Islam walau apapun jua keadaan hidup kita…..

  • binseman  On August 19, 2011 at 6:18 pm

    Ramai tertarik dengan agama lain selain Islam bukan kerana hujjah kerana jika berhujjah tiada ada agama yang mampu menandingin Islam kerana ini telah dipelihara oleh Allah swt, jika sesiapa tak percaya sila kaji Islam dan bandingkan dengan yang lain secara terbuka dan profesional. Tetapi kebanyakkannya gagal dalam menhadapi santunan peribadi-peribadi yang mendampingi mereka. Oleh itu ummat Islam marilah kita tingkat usaha menyantuni saudara kita yang Islam atau belum seperti mana di tunjukkan rasulullah Insya’Allah ramai yang akan menyelamatkan diri mereka dibawah Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: