Analisis: Prof Zainal Kling turut Tibai PM Rosmah


Prof Zainal Kling tampil memberikan analisis terkini mengenai Rosmah Mansor

Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.

Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah,” kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.

Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.

Setiausaha Agung PAS  pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.

“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.

Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’( Ketuanan Umno) dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.

Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat.

fmt

Nota: Siapakah PM sebenarnya?

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: