Ostad Tabligh suruh Johan Asa’ri tukar nama “Jamban”


 

Johan Asa’ri Rendah diri digelar jamban

Pelakon drama bersiri Juvana yang popular dengan watak Botak iaitu Johan Arrif As’ari,25, mendedahkan dia pernah diminta menukar nama kerana namanya sekarang dikatakan membawa maksud “jamban”.

Johan berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia menyertai aktiviti keagamaan bersama kumpulan tabligh di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu apabila didatangi seorang ustaz lalu bertanyakan nama penuhnya.

“Ketika di sebuah masjid, salah seorang anggota jemaah tabligh itu mendekati saya lalu bertanyakan nama.

“Ketika saya memberitahu nama penuh saya, terus dia meminta saya menukarnya kerana Johan itu membawa makna jamban,” katanya ketika diminta mengimbas kenangan pelik yang pernah terjadi dalam hidupnya selama ini.

Tambah Johan, kerana terkejut dengan kata-kata ustaz tersebut, dia tidak menghiraukan permintaannya sebaliknya menjelaskan nama Johan Arrif ialah nama yang cukup komersial dan tidak perlu di tukar selain Arrif itu sendiri bermakna bijak.

Selepas itu ujarnya ketika meninggalkan ustaz berkenaan untuk ke sebuah kedai runcit berdekatan, dia terperanjat apabila mendapati kedai itu secara kebetulan turut menjual selipar jamban yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bernama “Johan”.

Pengalaman itu kata Johan menjadikan dia seorang yang rendah diri dan sentiasa melihat keburukan namanya agar tidak terus alpa dan lupa dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

“Saya juga percaya walaupun saya adalah “jamban” tetapi saya jamban yang bijak,” katanya bergurau.

Jelasnya, selepas melibatkan diri sebagai pelakon Juvana, dia mendapat banyak tawaran berlakon dan bersyukur kerana mampu meneruskan minatnya dalam bidang seni yang dicintainya selama ini selepas mengambil masa bertahun-tahun melakukan uji bakat.

mStar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: