Siapakah membuatkan Tok Guru Nik Aziz ‘Gelak Besar’ Hari ini?


MP katak Bayan Lepas memmulakan Ramadhan ini dengan lawak politik bodoh lagi..

Muhyiddin Yassin yang menyambut lawak bodoh itu terus ‘pukul canang ‘ keliling kampong…hahaha

Woit…tak dak modal lain dah ka?..janji nak turunkan harga barang dah pokai ke? hahaha.. try turunkan Milo Ais di kedai makan dari $1.60 kepada $1.20 atau seringgit dua kupang boleh ke?

Harga ayam ada berani pertahankan sekilo $5.50 ke?

Hanya  Saa nya pencacai Umngok saja yang boleh percaya lawak bodoh hangpa tu..

Ku Li ganti Anwar….”Lawak jenaka” kata Tok Guru Nik aziz

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang sebagai satu “lawak jenaka.”

“Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS menerusi tulisan laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz beliau mahu menasihatkan pihak-pihak terbabti agar sempena bulan Ramadan, “tulislah perkara-perkara yang betul dan benar.”

Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak,” katanya lagi.

Kata Nik Aziz, peliknya ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Anwar akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

“Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?

“Setakat itulah sahaja saya ingin memberikan respons tehadap ‘lawak jenaka’ media masa terbaru milik Umno atau Barisan Nasional ini,” katanya lagi.

Laporan media baru-baru ini memetik Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa parti pembangkang telah mempelawa Tengku Razaleigh untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Zahrain berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: