Philippine Star ‘Tibai’ isteri Duta Malaysia pulak dah


isteri Ibrahim Saad terperangkap dalam kontroversi tweeter

Zainab Abd Kader, isteri kepada Duta Malaysia ke Filipina Ibrahim Saad, menyebabkan kontroversi ekoran tweet beliau pada 16 Julai yang dianggap menghina wira nasional Filipina Jose Rizal.

NONEKata-katanya dipersoal dalam artikel oleh penulis dan kolumnis Jarius Bondoc, dimuat dalam lamanPhilippine Starmalam tadi, mendakwa tweet itu mencemarkan nama baik Rizal.

Tweet itu berbunyi:

Inshaallah “@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa…”

Pesanan tweet itu sebagai respons kepada mesej daripada @BikMama2U, akaun parodi yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

NONETidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma ‘Inshaallah’.

Isu itu juga disentuh Eekmal Ahmad, pembantu politik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim:

“Isteri Duta Malaysia ke Filipina hina Wira Filipina Jose Rizal dlm tweetnya? Jika benar ini krn tak tau etika diplomatik philstar.com/Article.aspx?a…”

Eekmal juga mula menerbitkan beberapa pesanan tweet tentang sejarah Rizal dalam akaunnya.

Anwar, yang mengakui peminat Rizal, dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Philippines-Diliman pada Jumaat tentang pengaruh Rizal dan Ninoy Aquino terhadap kepimpinan Asean.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: