Nursuhaila “Naik Hangat’ pada Jimmy Shanley


IBU dan bapa Suhaila banyak memberi sokongan moral buatnya dalam perancangan masa depan untuk membesarkan Zahrah Rania Shanley.

Suhaila ‘hilang sabar’

BADAI yang melanda rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, nampak masih belum ada titik noktahnya. Bahkan, jalan penyelesaian yang dicari untuk berbaik semula semakin tidak menampakkan sinarnya.

Suhaila sebelum ini yang enggan bersuara mengenai masalah rumah tangganya kini mula tampil ke hadapan untuk memprotes segala kenyataan yang dilemparkan Jimmy terhadapnya sebelum ini.

Ibu kepada Zahrah Rania Shanley yang kini berusia sebulan, ditemui pada majlis cukur jambul anaknya pada Rabu lalu di kediaman ibu bapanya di Sungai Buloh, Selangor berkata, dia dan bapanya hilang sabar selepas Jimmy menghebohkan kepada pihak media bahawa majlis cukur jambul itu dibatalkan.

“Saya tidak faham kenapa dia kata majlis hari ini batal sedangkan tarikh 27 Julai ini dipilih olehnya sendiri kerana pada hari Sabtu dan Ahad dia sibuk bekerja. Kenyataan itu yang membuatkan bapa saya marah kepadanya dan melarang dia datang ke rumah kami, sedangkan majlis ini sudah dirancang untuk majlis doa selamat sambut puasa sekali,” ujarnya.

Disoal mengapa sekarang baru Suhaila tampil untuk memberikan kenyataan sedangkan sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy, tidak ada satu pun yang dibalasnya.

Dia menjawab: “Saya ada perniagaan sendiri, saya tidak mahu masalah rumah tangga kami diperbesarkan sebab itu saya sanggup mendiamkan diri dan dalam masa yang sama saya melantik penguam untuk kes yang difailkan Jimmy iaitu permohonan kembali taat dan nusyuz serta mendapatkan hak penjagaan anak.”

Tiada persefahaman

Luah Suhaila lagi, tiada persefahaman antara mereka menjadi penyebab utama mengapa dia nekad memilih jalan untuk bercerai dengan suaminya itu.

TEKAD Suhaila kini hanya mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang buat anak sulungnya ini.

“Saya nekad untuk bercerai, cukuplah saya pernah bagi peluang sekali kepadanya sebelum ini, jadi buat masa ini saya tunggu apa kata peguam. Keluarga saya memang tidak menyokong keputusan saya kerana kalau boleh mereka ingin melihat kami berbaik semula kerana anak, saya maafkan dia tetapi saya tidak akan kembali kepadanya,” tutur Suhaila tegas.

Selain tidak ada persefahaman antara mereka, kejadian Jimmy mengasari Suhaila sebanyak dua kali, pertama pada malam sebelum perkahwinan mereka dan kedua ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand juga merupakan faktor dia mengambil keputusan untuk tidak kembali kepada suaminya.

“Selepas berkahwin, baru saya tahu perangai sebenar dirinya. Saya tidak sangka dia baran macam itu. Memanglah dia ada minta saya berubah dan saya pun meminta dia berubah, tetapi manusia tidak boleh berubah begitu cepat.

“Dia tidak bagi saya berjumpa rakan-rakan saya sedangkan saya tidak banyak rakan di Kuala Lumpur kerana saya membesar sejak kecil dan bersekolah di Kedah. Jadi, rakan-rakan saya di Kuala Lumpur semuanya saudara-mara dan pekerja syarikat keluarga saya.

“Keluarga saya besar dan saya memang sukakan suasana riuh-rendah bila berkumpul dengan keluarga tetapi dia tidak boleh menerima situasi itu kerana dia sukakan suasana privasi,” jelasnya.

Suhaila juga menafikan bahawa Jimmy tidak tahu tarikh sebenar majlis cukur jambul anaknya, malah, ibunya turut menjemput Jimmy untuk datang ke majlis tersebut. Bagaimanapun kelibat Jimmy dari awal sehingga majlis berakhir langsung tidak kelihatan.

“Ibu saya sudah menjemput Jimmy, saya tidak tahu kenapa dia tidak datang,” jelasnya mengenai majlis cukur jambul itu turut disertai oleh anak abang Suhaila yang baru berusia 16 hari.

Sebelum mengundur diri, Suhaila, memberitahu, selepas ini dia akan memberi tumpuan kepada anaknya dan berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Menurutnya, Jimmy sebagai bapa dibenarkan untuk melawat anaknya.

“Masalah antara saya dan Jimmy, saya tidak mahu membebankannya kepada anak.

“Walau apa yang berlaku Jimmy tetap bapa kepada Zahrah, jadi saya tidak akan menghalangnya untuk datang ke rumah menjenguk Zahrah. Sebelum ini pun dia ada datang menjaga Zahrah ketika saya baru lepas bersalin,” tutur Suhaila yang melahirkan anaknya secara pembedahan.

ksm

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: