Monthly Archives: July 2011

18 SX: Pakaian Dalam Sesuai Untuk Guan Eng atau Rahin atau …..?


Mana lebih sesuai hadiah itu ditujukan?

Samaada Ketua Menteri P.Pinang atau tambhy kechik  Melaka atau …….?

Dari sudut akauntabilti siapa lebih telus, siapa yang menjadi mangsa undang undang..

Ok, jika kita perkatakan lebih jauh lagi kenapa BN beriya sangat menyerang Lim Guan Eng,adakah LGE pernah bunuh orang ,rogol orang atau tipu orang?

Lebih baik mamak penang tu hadiahkan saja pakaian dalam tu kepada LADY GAGA..hahaha

MCA marah DAP kerana utamakan Melayu

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.

tmi

Menarik: SPR Akan Penuhi 2 Tuntutan BERSIH, Shafee Abdullah Sokong Ambiga


kuasa rakyat semakin berjaya dari hari ke sehari..

6EO telah dibebaskan semalam..

SPR pula akan penuhi 2 tuntutan BERSIH..

Lawyer kuat BN pula menyokong Ambiga, barangkali lawyer BN sendiri pun sudah pandai menggunakan akal agaknya..

SPR pertimbang tambah hari berkempen kata Wan Ahmad

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti secara serius cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar tempoh kempen pilihan raya dipanjang berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad , cadangan tempoh kempen selama 21 hari tidak mungkin boleh dilaksanakan.

“Kita sedang melihat perkara ini, kita lihat (cadangan) tempoh kempen 21 hari ini dengan serius dan kita perlu mendapatkan respons semua pihak termasuk pihak berkuasa.

“Tapi tidak mungkin kita boleh berkempen selama 21 hari, biarlah tempoh yang sesuai mungkin 15 hari,” katanya pada forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Tambah beliau, pihaknya juga berharap media swasta memberikan laporan yang adil kepada semua parti yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Enam tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah gunakan dakwat kekal, membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bagaimanapun tegas Wan Ahmad, Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah saluran rasmi kerajaan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat dan tidak boleh “diganggu.”

“Media awam iaitu RTM adalah saluran rasmi kerajaan, kerajaan telah isytiharkan RTM adalah untuk salurkan maklumat kepada rakyat.

“Dan kerajaan tidak mahu ia digunakan untuk menyebarkan berita-berita palsu dan tidak benar,” katanya.

Jelas beliau, bagi media swasta pihaknya akan menasihatkan pemilik agar menyiarkan laporan yang adil.

Ia termasuk media elektronik dan media cetak.

“Media-media swasta ini kami hanya boleh merayu dan menasihatkan mereka agar membuat laporan yang adil, kami tiada kuasa untuk arahkan mereka.

“Kita hanya boleh nasihat dan ia terpulang kepada pemilik sebab kita tidak boleh paksa mereka,” kata Wan Ahmad.

Beliau menambah, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan agens-agensi media mengenai perkara itu.

Sementara itu, peguam terkenal Datuk Seri Shafee Abdullah menyokong cadangan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan agar jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji sistem pilihan raya.

tmi

Paip Gas Asia: Najib jadi ‘Bengong’ Bila Kena Tanya


 

Lawak ,sandiwara atau apa cerita

Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau telah memberi lampu hijau kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan projek saluran paip gas serantau sejauh 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China.

Perdana Menteri  kelihatan bingung apabila ditanya oleh pemberita hari ini berhubung kenyataan PanelPoint Sdn Bhd semalam bahawa Najib telah memberikan restu ke atas projek mereka yang bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).

“Tidak, tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah dibincangkan,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint semalam mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun semalam, wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).

Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

“Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

tmi

Debat Ambiga vs SPR Pusingan ke2,Wan Ahmad Kena Asak lagi


Pusingan ke-2: Ambiga terus asak Wan Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah “badan pengurusan” di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

NONEKatanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara “dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan.”

Beliau menyatakan demikian di forum “Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya’ anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah,” katanya.

Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

“Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah.”

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini – dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

‘Tak benar SPR tak ada kuasa’

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk “memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi”.

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

“Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi,” kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik ‘boleh dilakukan’

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik – salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

mKini

Pairin Benarkan Nera berpacaran dengan Lelaki Muslim


Pengakuan Nera anak Pairin Kitingan bekas Ketua Menteri Sabah

Bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9) Nera atau nama sebenar Queennera Francis Kitingon, 19, memberitahu keluarganya tidak pernah menghalang untuk dia bercinta dengan lelaki Melayu atau berlainan agama.

Tambah Nera, ahli keluarganya berfikiran terbuka dan sentiasa memberi sokongan apa juga pilihannya.

“Keluarga tidak pernah menghalang saya untuk berkawan dengan siapa sahaja, mereka tidak pernah meletakkan syarat dan sentiasa berfikiran terbuka.

“Bagaimanapun sebagai ibu bapa mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya agar menjaga diri dalam apa juga yang saya lakukan,” katanya.

Bagaimanapun, Nera mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.

“Saya belum mempunyai kekasih atau bertemu orang yang betul-betul sesuai dengan saya. Lagi pula saya masih baru di sini dan baru memulakan kerjaya.

“Saya dan Azri berkawan rapat sejak di dalam akademi tapi apabila sudah keluar dari akademi kami jarang bertemu dan sibuk dengan hal masing-masing,” katanya.

Ditanya tentang lelaki idaman, Nera memberitahu dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya tidak kisah atau terlalu memilih cukuplah dengan seorang yang baik hati, jujur dan bertanggungjawab sebagai lelaki,” tuturnya.

Sementara itu, Nera yang baru muncul dengan “single” terbaru berjudul Hatiku Milikmumemberitahu telah menitiskan air mata ketika merakamkan lagu tersebut.

“Lagu ini sangat menyentuh hati saya, ketika menghayati dan memahami lagu tersebut sewaktu proses rakaman, saya menangis.

“Saya terharu kerana ramai yang memberi maklum balas baik terhadap lagu tersebut, secara tidak langsung saya dapat menangkis cakap-cakap orang tentang bakat nyanyian saya,” katanya.

mStar

‘Transformasi Najib’ Melayu KAYAp RAYAp ..part II


Kusangkakan setelah mamak mahathir berundur, maka akan wujud satu transformasi yang akan membangunkan ekonomi Melayu yang gilang gemilang..

Rupa rupanya angan angan masih tinggal diawangan ,wawasan hanya slogan!Kontraktor melayu sudah bungkus!

Kini Kedai 1Malysia pulak jadi ‘wayang cina’..

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyelamat keadaan ini..

Kamu semua telah diberikan a’kal oleh yang Maha Esa, lalu pergunakanlah untuk merubah keadaan ini..

Haruskah melayu terus LAYU..

Pilihan ada ditangan kamu,ini soal ekonomi Melayu.Jika transformasi najib masih lagi seumpama bual kosong mamak mahathir marilah kita sama sama lakarkan Malaysia baru dengan menyertai gelombang rakyat..Bersihkan semua slogan slogan pemimpin korup.

Kedai Rakyat 1Malaysia : Mydin dapat 1 Bilion

Bagaimanapun, pemberian peruntukan RM1 bilion kepada Mydin tidak disenangi oleh pemimpin perniagaan Melayu.

Pasar raya besar Mydin mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan sebanyak RM1 bilion bagi projek pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Menurut sumber, peruntukan besar itu diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Kedai Rakyat 1Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun 2011 di LRT Kelana Jaya di sini.

Bagaimanapun, pemberian peruntukan RM1 bilion kepada Mydin tidak disenangi oleh pemimpin perniagaan Melayu.

Mengapa diberikan kepada pasar raya Mydin, apa yang mereka bantu kepada peniaga Melayu.

Gergasi runcit

“Begini bukan cara untuk membantu peniaga Melayu…..ia untuk mengkayakan lagi gergasi runcit itu,” kata seorang pemimpin dewan pernigaan Melayu yang enggan namanya disiarkan.

Beliau menambah, sepatutnya peruntukan sebegitu besar diberikan kepada dewan perniagaan kerana mereka lebih tahu dan memahami bagaimana untuk memajukan peniaga Melayu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) Datuk Syed Amin Aljefry berkata, tahap perniagaan orang Melayu masih tidak berganjak.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan pihak tertentu kononnya peniaga Melayu tidak mampu bersaing dengan peniaga kaum lain.

“Cuma barangkali peniaga Melayu masih menghadapi kelemahan dalam bidang pemasaran tetapi dalam bidang yang lain kita boleh bersaing dengan sesiapa pun,” tambahnya.

tmi

%d bloggers like this: