Patut Tahu: Cubaan Bunuh Najib pulak dah


Tak patut depa tuduh si pembantu MP ampang ni ‘pengganas’..

dah laa tu ..depa kata dia nak pi bunuh  Najib pulak…hahaha

woit…carilah alasan yang logik sikit..

walau ada sebilangan yang tak suka cara budak budak tu pi serah memo kat Najib..itu depa punya pendapat laa..tapi budak budak tu boleh dikatakan anak jantan kerana berani pi serah sendiri memo kepada Najib..

sepatutnya Najib selaku PM terima sajalah..bukan ada apa sikit kurang pun kedudukan dia..kalu nak cantekk lagi elok Najib bagi sorang sebungkus nasik kandaq free kat depa…haaaaa…macam tu barulah nampak ‘keterbukaan’ beliau sebagai pemimpin rakyat..silap silap hari bulan 6 orang budak budak tu buat U-TURN sokong Najib pulak..alahai melopong lagi bang nuar kita..hahaha

Pembantu MP kecam dikait dengan keganasan

Setiausaha politik kepada ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin – Fareez Kamal Iltizam – hari ini mengecam kempen dalam talian oleh penulis blog pro-Umno yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pengganas selepas penangkapannya di KL Sentral semalam.

NONEFareez Kamal menyifatkan penulis blog tersebut sudah
melampau apabila menuduh beliau cuba membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hab pengangkutan itu.

Fareez – ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) – serta sembilan orang lagi, ditahan selepas mereka – sebahagian besarnya berpakaian kuning – cuba mendekati Najib untuk menyerah memorandum tuntutan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0.

“Dalam tempoh 24 jam penangkapan saya, saya telah teruk diserang dalam Twitter, Facebook dan blog pro-Umno yang mendakwa saya ditahan kerana cuba mensabotaj program pengagihan Jalur Gemilang,” katanya.

NONEMalah, katanya, ada juga mengatakan beliau merancang untuk mencedera atau membunuh perdana menteri kerana beliau adalah pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia.

“Dear PM, nama saya Fareez. Dan saya bukan seorang pengganas,” katanya merujuk kepada sebuah filem popular Hindi di mana seorang lelaki bertemu presiden Amerika Syarikat untuk menunjukkan bahawa tidak semua umat Islam adalah pengganas.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: