Debat Ambiga vs SPR dan Dr Shamsul ‘Tibai’ Najib (VIDEO)


Shamsul Amri: Sudah 54 tahun merdeka, kita masih dikongkong

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.

Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

“Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.

“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.

Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.

Lebih 1,600 orang telah ditahan pada perhimpunan itu.

Empat tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Jelas Shamsul Amri, kerajaan sepatutnya memberi ruang kebebasan kepada rakyat agar amalan demokrasi dapat ditonjolkan.

“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang turut sama menghadiri wacana itu berkata, semua pemimpin parti politik harus bekerjasama untuk mematangkan sistem demokrasi negara.

Tegas beliau, keutamaan perlu diberikan terhadap masa depan negara bukan kepentingan politik.

“Kita perlu bersama-sama untuk mematangkan demokrasi negara, letakkan kepentingan negara bukan politik,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Shamsul Amri sebelum ini berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Kenyataan secara terbuka itu dilontakan Shamsul Amri dua hari selepas Himpunan Bersih 2.0 diadakan.

Beliau berkata musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • tungkaran hati  On July 26, 2011 at 11:09 pm

    PAS, DAP & PKR tak nak pakai sistem Biometrik ni pasai depa susah nak tipu….TGHA pun rasanya tak nak pakai jugak pasai ianya besi…macam video Anuar tu…!

    • abu shahid  On July 26, 2011 at 11:21 pm

      ada berapa banyak punya Bn tipu daa..

    • malar  On August 5, 2011 at 1:58 pm

      tungkaran hati: Apa pasai plak ‘Biometrik’ ni..apa salahnya pakai dakwat je kan senang..nak menipu mengundi dua kali pun susah, terbukti dalam pilihanraya di negara asia yang lain…kos lebih murah dari ‘Biometrik’ tuh, jadi kenapa mesti TAKUT??..atau ko dah dapat tender melobi system ‘Biometik’ tuh..

  • Anonymous  On December 18, 2011 at 7:49 am

    BUKAN SISTEM SPR YANG SALAH, DAH ORANG TAK NAK PEMBAKANG NAK BUAT CAM NO, JANGAN SYOK SENDIRI, BUATLAH SISTEM APA PUN, TETAP PUAK NI TAK PUAS HATI, KERAJAAN JE BODOH TERIKUT RENTAK PUAK NI,NI LAH SATU KERAJAAN YANG PALING PENAKUT NAK BERTINDAK.PENTINGKANKAN PERIUKK NASI SENDIRI, TAK NA FIKIRKAN PERIUK NASI PENYOKONG MAJORITI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: