Kematian TBH: Berbaloikah Hanya Lucut Jawatan 3 Pegawai Sahaja?


Sudah hampir tiga tahun perjalanan kes Teo Beng Hock berjalan..

Sudah bermacam laporan ,penghakiman dan bermacam lagi perkara bersangkutan ‘dijalankan’.

Apakah keputusan Suruhanjaya Diraja akan terus ‘merajakan’ pihak yang terlibat , atau juga boleh dikatakan ‘merajakan’ mereka hanya dimata tetapi dihati tetap berdetik …itu semua hanya hanya satu permainan licik.

Ramai telah melahirkan kekecewaan kepada sissatan ini , itulah petanda terbaik untuk indeks jenayah yang melibatkan graf Malaysia semakin meninggi dari setahun ke setahun.

Adakah ‘drama’ dari mahkamah akan berulang lagi…’TBH tidak dibunuh dan tidak membunuh diri’.

Maka biarkan saja kluk klek kluk klek terus dimainkan sehingga PRU13 nanti.

Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.

NONEKetiga-tiga mereka adalah – pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

“SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

azlanHasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.

“Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.

SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, SPRM menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

“Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan ‘Video Interview Room’ (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.

“Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.,” petik kenyataan itu.

Ia juga berkata SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: