Kontroversi “Tahajjud Cinta” memesong aqidah?


Apa motif sebenar pengarah drama itu

Drama Tahajjud cinta yang mula ditayangkan beberapa minggu lalu ternyata mendapat respons yang begitu baik dalam kalangan penonton setia slot Zehra di TV3.

Rata-rata meminati drama ini kerana mesej serta lambakan pelakon popular yang menghiasi sejam waktu siarannya. Namun, di celah-celah keriuhan memperkatakan keberanian pengarahannya membangkitkan isu wanita menerusi drama ini, ada juga pihak yang kurang senang dengan karya Eirma Fatima ini.

Buktinya, wujud laman sosial facebook yang menuntut agar drama ini dihentikan siarannya. Alasannya, drama ini menghina wanita bertudung khususnya kepada mereka yang berpurdah.

Menerusi laman sosial itu juga, Eirma, juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu.

Walaupun Eirma gagal dihubungi, namun beliau turut memberikan reaksi berhubung isu itu menerusi laman twitter miliknya.

“Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan hati mereka. Saya jawab akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik berdiam kerana biarlah mereka melaungkan suara mereka. Saya akan jawab selepas episod 13,” tegasnya.

Eirma berkata, segala kenyataannya itu tidak berguna pada ketika ini memandangkan pihak yang menentang akan terus mempertahankan hak mereka.

“Saya hanya akan bercakap apabila keadaan reda. Sekarang api kemarahan sedang meluap-luap di pihak sana. Biarlah dulu. Tak guna saya mengeruhkan.

“Tak perlu saya komen. Takpelah! Biarlah mereka nak membantah. Mereka berhak. Akan sampai masanya saya akan bagi kenyataan saya pula,” katanya lagi.

Tahajjud Cinta membariskan 19 pelakon popular antaranya Fazura, Fauziah Ghous, Ziela Jalil, Shahz Jaszle, Remy Ishak, Eman Manan, Norsih Karman, Melissa Saila, Dira Abu Zahar dan Eirma Fatima sendiri.

Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membuktikan kepada keluarganya untuk dia berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas pada zaman sekarang ni. Citra ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala, Seri pula jatuh cinta buat pertama kali tetapi entah bagaimana dia berkorban berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz iaitu ayah kepada Solahudin (Remy).

Dapatkah Citra dan Solahudin menyelamatkan Seri daripada menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu. Saksikan kesudahan drama ini hanya di TV3 setiap Jumaat pada jam 9 malam.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • hanie  On July 29, 2011 at 8:43 am

    salam.sebagai wanita muslimah,saya juga mersakan fiem tahajud cinta banyk menyimpang dari ajaran islam..dari episod pertma lagi saya sudah merasa terkilan dengan jaln cerita yang byk menghina golongan agama terutama sekolah pondok…saya harap kpd erma fatimah…baelajar dulu dr para alim ulam sebelum membuat filem yang berunsur agama agar tidak trpseong dari ajaran sebenar…cuba lah lihat dulu filem ketika cinta bertasbih yang mana filem ini betul2 mangikut ajran islam dari semua segi di mana watak utama walaupn melakonkan watak suami isteri tapi tiada adengan bersentuhan walau apa pun keadaanya….syabas erma nak buat cerita genre islam,,,tapi tolong belajar dulu mendalami islam yang sebenarnya….

  • teratai  On September 27, 2011 at 12:50 pm

    syabas buat Erma Fatima kerana berani menghasilkan karya yang diluar dari “comfort zone” kita. Sekurang-kurangnya menyedarkan golongan yang menggunakan Al-Quran untuk kepentingan diri. kadang-kadang kita terlalu taksub sampai terima semua bulat-bulat hingga menguntungkan golongan ini sedangkan Al-Quran mengajar kita untuk berfikir. Comment sebelum mengatakan drama ini terpesong dari ajaran sebenar saya rasa agak kasar.. Pasal bersentuhan dengan bukan muhrim saya setuju salah tapi yang lain Wallahualam. Janganla disebabkan emosi kita menilai drama ini dengan sangat negatif sekali.. Saya tak nampak pun drama ini menghina wanita berpurdah pun.. rasanya lagi menunjukkan yang wanita berpurdah juga wanita yang mempunyai akhlak dan jiwa yang mulia, semangat juang yang tinggi. Klau ada yang berfikir drama ini boleh mempengaruhi masyarakat ke arah yang tidak baik. Nampak sangatla masyarakat kita mudah sangat terpengaruh (walaupun dengan tengok drama tv) sampai tak boleh menilai yang mana baik (patut diikut) dan yang mana jahat (patut dielak). Secara tak langsung drama ini mengajar sesuatu tentang mentaliti masyarakat kita yang kurang berfikir.

  • Nasha  On October 8, 2011 at 7:59 am

    Agreed with Teratai. Its just a drama, by watching this movie tak pernah pun rasa Islam tu mundur, tak pernah pun rasa meghina orang alim atau berpurdah. Points Erma Fatima jauh menyimpang dari apa Cik Hanie rasa. Watch again dear, watch from a different perspective. I’m sure Erma pun dah seek advise dari yang berilmu. Thumbs up for her.

  • Cikgu Muhammad Alfian  On October 9, 2011 at 5:48 am

    Saya tidak bersetuju. Erma tak menunjukkan hal sebenar dan menghina ulama, institusi pondok…

    Gambaran institusi pondok pun tak betul. saya sarankan supaya pembaca semua pergi ke sekolah-sekolah pondok/madrasah. cuba bandingkan situasi dan bergaullah dengan ulama. Tengok akhlak mereka.

    Saya rasa erma keliru, antara ketua ajaran sesat al arqam yang suka kawin banyak dengan ulama2 pondok. Tidak ada rujukan ulama dan Jakim untuk buat cerita tema agama Islam. Apa beza dengan pihak media amerika yang suka memburukkan imej Islam?

    Cukup kalau nak buat tauladan, watak eman manan tu sebagai seorang pak aji mata keranjang dan suka kawin banyak serta suka putar belit agama. tak payah nak burukkan ulama.

    atau ada niat tertentu pengarah drama ini?

  • myislammedia  On October 4, 2013 at 2:22 pm

    Tahajud Cinta | Tanyalah Ustazah
    Oleh: Ustazah Nourul Iman Niamat

    InsyaAllah Bermanfaat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: