Video: Gas Pemedih Mata dilepaskan Tepat ke arah Peserta Bersih


Fayyadh mengalami kecederaan teruk akibat tembakan kanister gas oleh pasukan FRU di KL Sentral pada himpunan aman Bersih 9 Julai lalu

Bukti mangsa dan video

Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Rakaman menunjukkan tembakan gas yang dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih di laluan bawah KL Sentral

Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan.

Terdapat beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube yang membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita.

Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka.

Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral.

FRU turut melepaskan tembakan secara mendatar di Dataran Merdeka

Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.

Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka.

Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU.

Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12.

Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ.

orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU

Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam.

Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut yang menyebut  ‘Do Not Fire Directly At Persons‘ atau ‘Jangan tembak ke arah orang ramai’.

Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu juga menyebabkan kecederaan parah pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu.

KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Video tembakan itu boleh didapati di sini (http://www.youtube.com/watch?v=nYPlTFwQfUY)

Kd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: