Dr Lo’Lo’ “Kenang Daku dalam Doamu”


“Antara wasiat terakhirnya kepada kami adalah beliau mahu dirinya sentiasa dikenang dan diingati atas jasa dan bakti khidmat yang telah diberikan,” kata Muhd Fawwaz.

Anak kedua Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Muhd Fawwaz Aminuddin mendedahkan arwah ibunya menderita kanser paru-paru sejak tiga tahun lalu.

Muhd Fawwaz, 28, berkata selepas mula dikesan pada Ogos 2009, ibunya menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi namun kesihatannya semakin merosot sejak tahun lepas.

“Pada malam-malam terakhir pemergiannya beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana diberi ubat dan kami sekeluarga tetap setia disisi arwah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.20 malam tadi.

“Antara wasiat terakhirnya kepada kami adalah beliau mahu dirinya sentiasa dikenang dan diingati atas jasa dan bakti khidmat yang telah diberikan,” katanya kepada FMT selepas selesai urusan pengebumian.

Selain Muhd Fawwaz, Dr Lo’ Lo’ turut meninggalkan dua anak perempuan iaitu Mawaddah, 30, Sakinah,26, dan anak bongsu Muhd Farhan, 25.

Sementara itu, kakak Dr Lo’ Lo’, Thuraiyen Nadzrah Mohd Ghazali, 60, ketika ditemui berkata adiknya yang juga anak keempat daripada lapan adik beradik itu dimasukkan ke Hospital Selayang sejak dua minggu lalu.

“Beliau telah lama menderita namun Allah memberinya kekuatan yang luar biasa untuk terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat…..mudah-mudahan Allah merahmati perjuangannya,” katanya.

Allahyarham mahu perjuangan diteruskan

Ditanya tentang amanat terakhir, Thuraiyen berkata adiknya mahu perjuangan diteruskan untuk semua dan tidak mahu terhenti begitu saja hanya kerana ketiadaannya.

FMT turut mendapatkan reaksi daripada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: “Alhamdulillah, beliau telah melaksanakan khidmatnya kepada rakyat dan parti dengan sebaik-baiknya.

Beliau aktif memainkan peranan dalam Parlimen. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS dan banyak buat kebajikan di seluruh negara.

Hakikatnya, beliau telah pun berjaya menyambung perjuangan ayahnya Datuk Mohd Ghazali Abdullah, Pengerusi Muzakarah Ulama yang menubuhkan PAS pada tahun 1951.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Arwah seorang yang bersuara lantang terutamanya dalam memperjuangkan isu Kampung Baru. Saya sudah kenalnya lama sejak zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), pemergiannya satu kehilangan besar. Takziah buat keluarga”.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil: “Saya mewakili Wanita Barisan Nasional menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

“Walaupun berbeza fahaman politik, sebagai umat Islam ada masa berpolitik dan ada masa ketepikannya, saya tak bawa politik dalam segenap ruang hidup. Arwah pemimpin wanita yang berbakti kepada parti dan negara dalam caranya sendiri”.

Gugurnya sebutir permata

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin: “Hari ini adalah hari yang sangat mendukacitakan kerana kita kehilangan satu permata.

“Beliau ahli parlimen yang cukup bijak berbahas terutamanya isu menentang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru untuk membela supaya tanah rakyat tidak tergadai.

“Kami daripada PAS akan teruskan perjuangan beliau dan meminta penduduk Kampung Baru dan Dato’ Keramat terus menyokong Pakatan Rakyat”.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad: “Dalam Dewan Rakyat, beliau duduk disebelah, saya mendapati apabila berhujah di Parlimen cukup bernas dan sentiasa bersedia walau diasak dengan pelbagai soalan.

“Sepanjang mengenalinya, beliau tetap gigih turun padang walaupun sakit. Hari ini merupakan hari yang cukup sedih kerana masih ada lagi agendayang belum dapat beliau sempurnakan. Kita akan teruskan perjuangannya.

“Semoga beliau diletakkan dalam golongan beriman. Insya’Allah patah tumbuh hilang berganti. Harap penduduk Titiwangsa terus menyokong Pakatan Rakyat”.

fmt

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: