Nurul Syuhada M3 Bergelar isteri


Selamat pengantin baru Nurul Syuhada dan Raja Amir

PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.

Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

mStar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: