Meletop di Kedah, Azizan Akan Buat Penjelasan Esok


Tindakan MB Azizan Razak melarang pusat hiburan dibuka menjelang bulan mulia Ramadhan pada tahun ini mengundang kritikan dan sokongan dari pelbagai pihak.

Ketegasan Azizan dalam sesuatu perkara yang diputuskan oleh beliau amatlah ‘duk tau dah’ kata beberapa pemimpin Pas Pusat.Azizan sememangnya mempunyai pendekatan politiknya yang tersendiri dan beliau merupakan personal yang sukar untuk ditembusi oleh golongan usahawan di Kedah.Ini satu hakikat.

Walau kini isu larangan pusat hiburan ketika Ramadhan menjadi ‘panas’ di Kedah, beliau masih lagi dilihat ‘cool’ untuk menghadapi tekanan dari pengusaha pusat hiburan tersebut.

Lebih menarik sekarang Gerakan dan MCA dilihat sebagai telah dicucuk punggung oleh Umno untuk menghadapi Azizan.

PERKASAm sepi tanpa berita…

Ayat ‘power’ Azizan kepada sesiapa yang pernah kena dengan beliau..Do not park outside the lock gates

Isu larangan pusat hiburan ketika Ramadhan

PAS mahu kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) agar memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.

Kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya tahun ini.

Nain Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata taklimat khas dipanggil ekoran langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu kini menjadi satu isu kebangsaan ekoran liputan meluas media.

“Ada keperluan untuk diketahui alasan kerajaan negeri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Ada keperluan bagi kami mendengar dan mengadakan satu perbincangan mengenai perkara ini,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan yang diminta memberi penjelasan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.

Sementara MCA dan Gerakan membantah langkah itu sejak awal minggu ini, Azizan berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya satu dasar baru.

Kata beliau, enakmen itu terpakai sejak Barisan Nasional mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Beliau berkata, di bawah enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

Langkah kerajaan negeri dipertahankan oleh Dewan Pemuda PAS pusat dan Persatuan Ulama Malaysia.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: