Kes Sarbani ‘Tiada tanda bunuh diri atau dibunuh’, Dimana Sarbani Sekarang?


Kata forensik ‘tiada tanda bunuh diri atau dibunuh’..

Macam kes teo beng hock laa pulak..jadi sekarang Sarbani ada dimana?

Ini macam main jongkak saja…apa laa nasib puak puak ni..

Forensik: ‘tiada tanda bunuh diri atau dibunuh’

Tidak ada unsur bunuh diri atau pembunuhan dalam kes kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, dakwa seorang pegawai unit forensik polis Bukit Aman dalam inkues kematian penolong pengarah kastam itu.

Timbalan penguasa Sharul Othman memberitahu koroner Aizatul Akmar Maharani bahawa Sarbaini cuba keluar dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui tingkap di bilik pantri di tingkat ketiga, dan secara tidak sengaja terjatuh menemui ajalnya.

Katanya, tidak ada sebarang tanda-tanda berlaku pergelutan di bilik pantri dan pada badan Sarbaini.

Pegawai itu berkata jika berlaku pergelutan, akan terdapat lebih banyak tanda kasut dan cap jari ditemui di bilik pantri, sambil menambah bahagian pakaian Allahyarham contohnya seperti butang, akan tertanggal.

Sharul sedang disoal oleh peguam SPRM, Datuk Mohamad Shafee Abdullah di Mahkamah Koroner hari ini.

NONEPegawai tersebut membuat kesimpulan bahawa Sarbaini cuba meninggalkan bangunan SPRM secara senyap dan perlahan,
berdasarkan kasut dan tanda calar di luar di bingkai tingkap dan dinding luar bangunan tersebut.

Sharul berkata beliau bersetuju dengan teori bahawa bila melihat ke luar bilik pantri, seseorang itu mungkin salah menilai jarak antara bilik itu dan bumbung yang berdekatan, disebabkan ilusi optik.

Sharul mengetuai pasukan lima orang anggota yang menyiasat kematian Sarbaini sehari selepas pegawai kastam itu ditemui mati.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab Allahyarham cuba meninggalkan bangunan itu melalui tingkap bilik pantri, apabila Sarbaini dikatakan telah dilayan sebagai “tetamu” pada hari dia kembali ke pejabat SPRM, dikatakan untuk menarik balik dan menukar kenyataan beliau. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika disoal peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini mengapa sarung telefon bimbit Allahyarham tiada kesan cat putih, Sharul berkata: “Tiada kesan cat ditemui pada sarung berkenaan kerana ia terletak di sebelah kiri pinggangnya”.

Katanya, tiada bukti yang boleh melibatkan pihak ketiga terbabit dalam kematian Ahmad Sarbaini kerana tiada kesan atau tanda pergelutan yang ditemui di dalam bilik pantri itu.

“Sekiranya pergelutan berlaku, kemungkinan terdapat kesan kotoran pada tapak kasut dan cap jari dalam bilik berkenaan dan tiada kesan luka ditemui, selain darah yang keluar banyak pada mulutnya akibat terjatuh.

“Baju yang dipakai oleh Allahyarham juga tidak terkoyak dan butang bajunya tidak tercabut…saya yakin tidak berlaku sebarang pergelutan,” katanya.

Katanya, bilik pegawai SPRM lain termasuk bilik penolong penguasa, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad turut berada dalam keadaan kemas dan teratur, begitu juga bilik saksi dan bilik makan yang berada di aras tiga, kesemuanya tiada tanda pergelutan.

Terdahulu, Ahli Kimia Dr Mohd Sukri Hassan, 49, dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangan berkata hasil analisis terhadap spesimen darah, air kencing dan kandungan perut yang dibuat terhadap Ahmad Sarbaini mendapati tiada alkohol, dadah-dadah lain dan racun perosak yang dikesan dalam spesimen berkenaan.

Seorang lagi ahli kimia dari jabatan yang sama, Saiful Fazamil Mohd Ali, 36, berkata beliau hasil analisis yang dilakukannya ke atas dua mendapati cat itu adalah serupa.

“Pada pendapat saya kemungkinan kedua-dua cat itu berasal daripada satu sumber yang sama tetapi tidak tahu cat-cat berkenaan diambil dari mana,” katanya ketika disoal Awtar Singh.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Dia dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Prosiding di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung 2 Ogos.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: