‘Mamak Pasembor” Cadang Beri Peluang Semua Parti Muncul di RTM


Bekas menteri penerangan baru terfikir kot..

Waktu memegang jawatan dulu kenapa tak buat?..

Hari tu cakap nak hilangkan deposit Johari Abdul..last last siapa yang menang?

OKlah cadangan yang baik,kita sokong jer laa..

Pak Rais Yatim ada berani buat ke..

Setuju ..setuju …setuju

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi peluang kepada setiap ketua parti tempoh masa antara 15 ke 30 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, ia adalah langkah yang terbaik supaya rakyat boleh melihat dan menilai sendiri manifesto yang akan dibawa oleh setiap parti pada pilihan raya umum tersebut.

“RTM patut beri mereka peluang pada pilihan raya umum nanti, biar ketua setiap parti jelaskan kepada rakyat manifesto masing-masing untuk tempoh masa tertentu.

“Dengan cara ini semua mendapat peluang dan saya yakin mereka akan gunakan ia dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

Ditanya mengenai tempoh masa berkempen 21 hari dalam tuntutan Bersih 2.0, Zainuddin menjelaskan Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah meletakkan tempoh berkempen selama sebulan seperti tahun 1969 lalu.

Katanya, tempoh berkempen yang terlalu lama ini boleh menyebabkan parti politik dan calon-calon boleh menaikkan pelbagai sentimen jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini.

“Atas sebab perkara yang berlaku pada tahun 1969 telah menyebabkan SPR meletakkan tempoh kempen yang lebih singkat, kerana setiap parti biasanya ada organ sendiri yang sentiasa berkempen sepanjang tahun.

“Sekarang kita tidak memerlukan tempoh kempen yang lama, kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur hanya sekejap dengan penerbangan dan jalan yang selesa. Dulu biasanya perjalanan lebih lapan jam,” katanya.

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: