Abang Ipar Bung Mokhtar Raden Kena Penjara 30 bulan dan 3 sebatan


Samzy Fuzette A. Samad didapati bersalah kerana memiliki syabu enam tahun lalu.

Pelakon Samzy Kekal Hukuman Penjara, Sebat

SHAH ALAM: Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Samzy pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk danSeri Istana.

Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

Sarinah kemudiannya menghampiri Samzy yang sudah digari oleh anggota polis dan bekas pelakon yang kini menjalankan perniagaan sendiri itu memeluk wanita berkenaan bagi menenangkannya.

Samzy yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menerusi perkahwinan ahli politik itu dengan Zizie Ezette kemudiannya dibawa keluar oleh anggota polis untuk dihantar ke lokap mahkamah.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

“Pada pendapat mahkamah, tidak ada sebab yang munasabah mengapa polis meletakkan dadah dalam beg perayu. Jika dadah bukan milik perayu ia perlu disoal-balas kepada pegawai tangkapan atau pegawai penyiasat

“Jika benar dadah bukan miliknya ia perlu diberitahu kepada pihak polis seawal mungkin,” katanya.

Mohtarudin juga menyifatkan pembelaan Samzy yang disokong oleh rakan serumahnya, Salehuddin Zaharuddin, 37, sebagai pembelaan yang difikirkan semula.

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh.

Terdahulu, Muhammad Faiz menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah berkenaan adalah milik salah seorang daripada individu di dalam rumah memandangkan mereka mempunyai laluan ke dalam bilik Samzy yang tidak berkunci, selain mereka semua didapati positif syabu.

“Rakan serumah perayu, Salehuddin juga memberitahu bahawa mereka telah berkongsi wang untuk membeli dadah dan menghisapnya serta tidak lagi mempunyai bekalan dadah, lalu masuk tidur sehinggalah mereka ditangkap, ” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar membidas hujahan tersebut dengan berkata bahawa, tiada sebarang penafian dilakukan oleh Samzy berhubung pemilikan beg tersebut yang ditemui di atas katil bilik perayu.

“Tiada keterangan sekiranya bilik perayu boleh dimasuki oleh orang lain ataupun sekiranya terdapat orang lain di dalam bilik tersebut,” katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja kesnya dipanggil, Samzy meminta agar wartawan yang hadir membuat liputan agar mendoakannya.

“Tolong doakan saya ya…” katanya.

mStar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: