Kenapa Dr Shamsul Amri Pulak “blame” Najib?


Shamsul Amri Baharuddin (kiri) ketika sesi dialog pada majlis pelancaran kajian bertemakan ‘Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara’ di Bangi hari ini. Bersama beliau ialah Ibrahim Suffian (paling kanan). – Foto oleh Choo Choy May

Seorang demi seorang yang sebelum ini terkenal sebagai ‘pengampu BN ‘ atau bergelar prof kangkong bangun mengkritik,baik dari golongan cendekiawan mahu pun mereka dari pemikir masa depan Malaysia.

Adakah ini satu fenomena ? Nak dikatakan satu kebetulan, tak ada alasan lainkah? .

Teknokrat dan idealis serta pengkaji strategik memberikan pendapat hampir sama dalam tindak tanduk mutakhir ini mengenai pentadbiran Najib Razak.

Shamsul Amri: Isu Bersih munasabah, Putrajaya pula guna taktik Perang Dingin

Sementara isu-isu dibawa Bersih adalah “munasabah”, pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara, kata Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Sehubungan itu jelas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

“Saya mengatakan poin bahawa perikatan yang memerintah masih berurusan menggunakan cara traditional, yang menggunakan konsep Perang Dingin, kita bukan berurusan dengan komunis,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, pentadbiran Najib perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

“Kesemua lima komponen bersepadu antara satu sama lain… ini yang diabaikan, bukan lagi soal sekuriti tradisional,” kata Shamsul Amri ketika ditemui selepas majlis pelancaran kajian bertemakan “Nilai, Impian dan Ideal: Belia Muslim di Asia Tenggara” dikendalikan bersama oleh Merdeka Center, Universiti Kebangsaan Malaysia, Goethe Institut Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation for Freedom di sini hari ini.

Susulan Bersih pertama tahun 2007, perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara di sebalik tahap keselamatan ketat.

Penganjur Bersih 2.0 mendakwa telah dapat menghimpunkan 50,000 orang, tetapi angka ini dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan hanya sekitar 6,000.

Seminggu sebelum itu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai satu badan haram manakala segala lambang dan barang terbitan membawa mesej Bersih 2.0 juga diumumkan sebagai haram.

Berkaitan dengan perhimpunan ini juga lima pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan cuba menghidupkan kembali fahaman komunis.

Shamsul Amri, yang terkenal sebagai penganalisis politik di lokal dan global diajukan soalan mengenai cara kerajaan khususnya pihak berkuasa polis menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

Dalam pandangannya, Shamsul Amri, ahli akademi jurusan sosiologi dan pengasas Institut Kajian Etnik berkata, isu-isu yang dibawa oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang munasabah.

“Isu-isu yang diketengahkan oleh Bersih 2.0 adalah isu-isu yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ini isu-isu yang berterusan, dari segi kebebasan berhimpun dan bersuara.

“Ia satu perkara yang berterusan dan ia tidak akan berakhir di sini,” kata beliau lagi.

Malangnya kata beliau, kerajaan yang memerintah ketinggalan zaman dan sangat perlahan dalam memberikan respons kepada isu-isu yang wujud.

“Mereka sudah begitu biasa dengan respons ketika zaman Perang Dingin,” kata beliau.

Katanya, jika anda meneliti manual latihan sama ada polis ataupun tentera, ia sama seperti yang digunakan ketika era darurat.

Dalam komennya beliau juga mempersoalkan pendirian pasukan keselamatan menangani perhimpunan aman.

“Apabila publik mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ini, mengenai isu Palestin, adakah polis datang? Tidak. Jadi, mengapa mereka datang sekarang (Sabtu lalu)?” kata beliau.

Mengenai tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan semalam, kata beliau, mereka bertindak cepat kali ini.

“Beliau (Najib) akan lebih banyak melakukan perkara ini,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kelahiran ikon-ikon baru ekoran perhimpunan Bersih 2.0 seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Shamsul Amri berkata: “Ikon adalah ikon.”

“Mereka tidak memberi kesan ke atas perubahan kecuali mereka bertanding dalam pilihan raya dan menang… Datuk Ambiga tanding di Kuala Lumpur,” katanya.

“Pada akhirnya, ia berkenaan dengan menterjemahkan dalam bentuk undi,” kata beliau menjawab soalan sama ada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberi kesan ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 kelak sebagaimana disaksikan pada 2007/2008.

Pilihan raya umum ke-12 2008 diadakan beberapa bulan selepas Bersih 2007.

Sehubungan itu Shamsul Amri juga berkata, trend pengundian negara ini akan dipengaruhi oleh corak kempen dalam tempoh berkempen.

Beliau juga mengakui bahawa mesej yang diperoleh daripada perhimpunan Bersih 2.0 ialah kesedaran publik bahawa mereka berkuasa dalam menentukan arah aliran pembaharuan dalam kerajaan.

“Bagi mereka, saya boleh mengundi untuk memilih siapa saya mahukan. Sekarang saya boleh mengatakan apa saya mahukan?” katanya.

“Persoalan di sini ialah sama ada terdapat ruang publik untuk saya melakukan yang ini,” katanya lagi sambil menambah, “jawapanya ialah ya dan tidak.”

“Mereka boleh melakukan, tetapi bukan di jalan raya, tetapi di kawasan lain,” jelas beliau yang turut meramalkan bahawa akan ada lebih banyak perhimpunan dan perarakan seperti yang disaksikan Sabtu lalu.

“Ini bukan yang terakhir. Ini bukan tentang soal bangkangan. Orang ramai sudah mula berani, tetapi juga rasional dan munasabah,” kata beliau.

Oleh G Manimaran dan Debra Chong

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: