Bongkar: Mana Laporan Post Mortem Baharuddin Ahmad?


Media umno hari ini melaporkan kematian arwah Burhanuddin Ahmad berpunca dari kompilasi jantung.

Adakah benar dakwaan KPN dan media itu?..Inilah persoalan menarik mengenai satu tragedi keatas seorang reformis Burhanudin Ahmad.

Dalam ruang siber yang terbuka luas ada maklumat lain dari berbagai sudut yang memberikan respon negatif kepada media umno.Terdapat juga beberapa maklumat dari beberapa orang yang bersama sama dengan arwah ketika kejadian samada dari kalangan orang Islam dan beberapa orang pemuda dari kaum Tiong Hwa dan India.Buat masa sekarang  blog ini belum mahu mendedahkan maklumat dari beberapa rakan yang bersama dengan arwah ketika kejadian.

Berbalik kepada laporan post mortem ,kenapa belum ada laporan rasmi dari hospital?

Ikuti kisah semalam dan maklumat dari anak dan anak saudara arwah Burhanuddin sendiri.

Tok Guru ,doakan ayah saya mati syahid

“Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid,” kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

“Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis…yang ada darah tinggi sahaja sedikit…pendek kata dia sihatlah,” kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

“Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak…ketika itu tidak siapa boleh berdalih,” kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

“Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik,” kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

“Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini,” kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)

“Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih,” kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

“Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil,” kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • bengap  On July 12, 2011 at 12:10 pm

    sapa suruh hang pegi perhimpunan tu..cari pasal, kan da mati

    • abu shahid  On July 12, 2011 at 12:18 pm

      pasai tak bengap dan pak turot macam hang laa..

    • hamba allah  On July 12, 2011 at 2:23 pm

      en.bengap.. awat la kurang ajar sgt.. itu hak arwah tu nk pergi ke..lantak dia la. Tolong hormat skit. Mcm ckp org tak bertamadun… kesian mmg bengap pun

    • jue  On July 15, 2011 at 11:12 am

      dah kata jgn pergi perhimpunan haram, tetap nk pergi jugak..bila dah jadi mcm ni nk marahkan pihak berkuasa..muhasabah diri dulu sblm nk menunding jari kepada pihak lain..pihak berkuasa hanya menjalankan tugas sahaja.

      • abu shahid  On July 15, 2011 at 11:49 am

        Kita ulang sekali lagi kepada yg pura pura tak mahu faham..

        Le tour de langkawi kerajaan boleh menghabiskan berjuta juta RM, kenapa tak boleh berikan cuma 3 jam untuk Bersihkan sampaikan MEMO kepada DYMM Agong.

  • Muhammad  On July 12, 2011 at 4:45 pm

    dari kata2 hang tu dh menunjukkan yg hang tu x tahu tntang agama…bukankah haram mengutuk sesama islam….tambah2 lagi yg dh meninggal dunia…

  • Anonymous  On July 12, 2011 at 10:44 pm

    Harap Allah swt ada rasa belas pada En “Bengap” atas kata2 beliau…berkata2 tanpa menggunakan akal.

  • hasri  On July 13, 2011 at 5:13 pm

    saya nk tanye ape sebenarnyer yang berlaku dan siapa sebnr nyer yang meninggal.. dalam youtube ala2 dokumentari ade saya lihat pakcik yang hmpir mati dan nama nyer shuhardi ttpi yang dilaporkan meninggal adalah baruddin..

  • jue  On July 15, 2011 at 11:10 am

    takziah…dah tersurat..kerajaan dan sultan sudah pun mengharamkan perhimpunan seperti itu tetapi masih ade yg berdegil..punca di haramkan mcm ni la takot jadinya..dah jadi dah pun…kematian ini di jadikan satu isu..kenapa kita x bersyukur lg berada dlm keadaan negara yang aman ni? inilah tanda-tanda akhir zaman. umat sesama Islam bertelagah untuk mendapatkan kuasa yg tidak boleh di bawa mati.

    • abu shahid  On July 15, 2011 at 11:47 am

      Kita hidup dengan aman di Malaysia ini di bawah perlembagaan yang membenarkan perhimponan aman.

      tak ada sebuah kedai pun hatta beca roda 3 pun tak ada yg rosak dek perhimpunan aman Bersih 2.0.

    • Anonymous  On July 27, 2011 at 5:19 pm

      bullshittttt….
      korang ni dah kena mkn dadah sampai tk tau kepincangan peimimpin2 negara ini…
      Korang rasa aman dn cukup diberi makan oleh lintah2 darat tu bole lah duk umah bawa ketiak bapa ko,..

      org2 miskin yg teraniaya yg dihisap darahnya oleh musuh dlm selimut ko tak tau!!!
      Kalau kau lah di tmpt mrk aku tak tau ko masih fikir yg ngara kita ni aman ke tak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: