Masyaallah: Orang Ramai Bertali Arus Menziarahi Arwah Baharuddin


Al Fatihah

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On July 10, 2011 at 1:01 pm

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah…semoga beliau diletakkan bersama pejuang-pejuang Islam yang gugur syahid

  • mohd irwan  On July 10, 2011 at 2:55 pm

    mudahan2 roh arwah aman damai disana….insyaallah 1 jatuh 10 akan bangun prinsip kita menentang kebatilan akan dihituna 1 hari nanti….AL- FATIHAH

  • fahmi  On July 12, 2011 at 4:39 pm

    berhati-hati dengan kisah yang diputar belitkan oleh blogger PapaGomo…link http://www.papagomo.com/2011/07/ekslusif-konspirasi-pembunuhan-mangsa.html

    • hasri  On July 13, 2011 at 6:06 pm

      sekiranya saudara fahmi mengatakan ianya tidak benar..jadi siapakan sebenarnya seorang pakcik yang sesak nafas di stesen pudu yang digembar – gembur arwwah? adakah beliau sengaja membuat lakonan.. saya confius~

  • Anonymous  On July 12, 2011 at 5:30 pm

    Al-Fatihah utk arwah…tp yg korang tgk kat video tu bkn org yg meninggal ni..click here http://www.papagomo.com/2011/07/ekslusif-konspirasi-pembunuhan-mangsa.html

  • hasri  On July 13, 2011 at 6:01 pm

    assalamualaikum… saya tertanya2 adakah org yang bernama shuhardi itu adalah arwah dan di youtube saya dapati die sesak nafas di hadapan stesen bus pudu..tetapi dalam artikel di atas menyatakan arwah meninggal di perkarangan KLCC.. jadi fakta yang manakan benar…? alfatihah buat arwah~

  • Hayley Crytser  On August 5, 2011 at 2:11 am

    Wow that was strange. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my comment didn’t show up. Grrrr… well I’m not writing all that over again. Regardless, just wanted to say great blog!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: